Hikmah :')

Assalammualaikum.

Bersawang sudah blog aku ni.

So far aku sehat alhamdulillah.
hidup aku lebih baik dari sebelum ini.
mungkin ada hikmah setiap apa yang terjadi.
yang buruk tetap buruk.
yang baik tetap baik.
masakan kau mahu jadikan yang buruk itu benda baik?
kau sama sekali tak mampu.


kalau haram hukum nya tetap saja haram.

ok cukuplah.


tujuan aku singgah cuma aku nak meluahkan sedikit rasa terkejut lepas dengar berita yang bakal aku cerita kan ini.

kawan baik aku doktor dah sah kan dia penghidap TB.
atau orang kita lebih mengenali penyakit itu sebagai batuk kering.

Allahu..
luluh hati aku.
seorang kawan baik yang cukup baik bagi aku.
walaupum salam perkenalan yang dihulurkan tak berapa lama, tapi kami serasi.


aku sayang kawan-kawan aku.
jujur aku sayang kawan-kawan aku Lillahitaala.
selain keluarga, kawan insan kedua penting dalam hidup aku.


G..
aku serius terkejut bila kau whatsapp bagi tahu medical result kau.
aku harap sangat yang keputusan kau tu negatif.
mungkin Allah nak uji kau. Allah nak uji aku.
InsyaAllah G.
Selagi aku ada, aku akan ambil berat pasal kau.
aku tak mampu nak rawat kau.
aku bukan doktor.
tapi InsyaAllah aku akan sentiasa doakan supaya kau cepat sehat.


aku tahu apa yang kau lalui ni sebenarnya berat.
aku tak dapat nak bantu kau lebih.
cuma aku janji aku akan sentiasa ada dengan kau.
aku akan pastikan kau makan ubat even jauh sekalipun.
aku akan whatsapp atau call kau G.
aku risau kan kau.


aku harap kau tabah.
aku tahu kau kuat.
family kau semua tak tahu .. aku faham kau punya alasan tersendiri untuk itu.
cuma sebagai seorang rakan baik, aku akan jaga kau.

kalau kau minta aku teman kau ke hospital sekalipun aku akan siap-siap dengan kadar segera dari rumah.
aku cuma nak kau sehat.
jangan skip treatment kau ye G.
aku sayang kau..
aku sayang 'Kukuk'.
kita dah macam adik beradik..


bak kata kau, "kita kan kawan sebantal,setilam.."
so aku nak kau tahu apa keadaan kau sekalipun aku nak kau sehat.
insyaAllah kau ada peluang nak bebas dari penyakit kalau kau ikut treatment tanpa skip.


kuat ye G.
aku sayang kau.
tak apa je lah kalau kau nak minta tolong aku.
jangan pernah rasa kau akan susahkan aku.
nilai persahabatan itu lebih mahal sebenarnya.


G..aku nak kau kuat..!
kuat macam mana G yang sebelum ni.



semalam kau whatsapp bagi tahu yang kau tak sedap badan lepas makan ubat..
aku tahu itu side effect yang kebanyakkan pesakit akan alami.
kau tunjuk muka pucat kau.
kau kata badan kau panas sangat secara mendadak..
aku tak mampu nak tolong kau G.


aku harap kau kuat !
aku nak kau habiskan treatment kau.


Moga kau kuat ye G.
Aku sayang kau.


sekian

my talk:) indahnya persahabatan kalau ada rasa ikhlas..
Thanks for reading :)

1 comment:

milo said...

mira..thanx for ur sharing..banjir muka dengan air mata baca blog ni..thanx for all the sharing..i do apreciate it..specially the newest n3 so far..send my best regards to ur pal