Mistik di kampus?

Assalammualaikum..

Aku dah makin selesa lepak di cyber cafe untuk aku karang entri blog.
Lappy yang banyak berjasa selama ni dah tak mampu lagi beri khidmat.
sedih?
sudah pasti.
itu lappy pertama aku.
dari tingkatan 4 sehingga umur aku 21 tahun ni.
hah engkorang kira la berapa lama.?
aku sangat teliti jaga lappy tu.
even dalam lappy aku tak ada sebarang movie pun.
memang aku guna kan untuk belajar.
tak apa la.
sudah sampai masa nya dia menamatkan khidmat.


so sementara aku nak habiskan kredit sejam aku dekat cyber cafe ni, aku nak buat versi kedua  kehidupan aku di kampus.
ok dah tak nak cerita kisah 'BersamaMu' aku lagi.
aku bukan nak minta simpati.
aku sekadar ingin berkongsi.


kali ni aku rasa aku nak share benda or pengalaman pelik-pelik yang aku pernah alami di sana.
senang cerita aku simpulkan sebagai pengalaman MISTIK.

aku ni asalnya mana pernah duduk asrama sebelum ni.
kalau cerita hantu budak asrama pernah la aku dengar.
macam-macam version aku dengar.
ada tu versi mak cik jual karipap la..
versi kak limah hantu gula-gula la.
tapi dekat kampus aku sendiri dapat 'rasa'.


ok..
aku nak pasak awal-awal.
aku ni bukan anak tok bomoh.
bukan juga waris kak limah.
so apa aku nak cerita nanti jangan dikaitkan dengan susur galur aku.
aku hanya seorang remaja biasa..
seorang hamba Allah yang penuh dosa.
tak ada daya.


ada 3 kali aku kena benda-benda macam tu sepanjang 6 sem aku dekat sana.
kali pertama aku kena masa aku semester 2.
aku ni jenis nokturnal.
senang cerita aku jenis yang study malam..
pukul 1-4 pagi tu memang time aku study..
kadang sampai subuh.


waktu tu otak aku mudah menyerap segala benda yang aku hafal.
dalam pukul 3:30 pagi aku dah mula tutup buku..
roomate macam biasa dah surrender.
dia memang tak boleh ikut cara aku.
selesai aku kemas meja belajar..
aku baca doa then tido.
dalam lebih kurang 15 minit aku terlelap aku terjaga sebab aku terasa ada benda besar tengah terbang
di antara katil aku dengan katil roomate.
macam kain langsir.
aku nampak dalam samar cahaya yang datang dari foyer blok.
aku jenis tido akan cover comforter hingga ke muka.
sebab kampus aku bila malam memang sejuk.


dari dalam comforter tu la aku nampak seolah olah langsir terbang..
agak lama.
benda tu terbang dari pintu ke tingkap bilik aku.
dan aku terasa bilik aku masa tu tiba-tiba angin kuat semacam.


satu perkara yang buat aku tak berani nak jenguk ialah aku dengar benda tu langgar almari baju and pintu dalam bilik aku.
aku pelik sangat bila roomate aku sendiri tak dengar.
tidur mati wey..
kaku aku dalam comforter tu..
aku tawakkal je.
kalau benda tu selak comforter aku memang aku akan jerit sekuat hati..
lepas 5-6 minit baru aku rasa benda tu dah pergi.
dan aku boleh dengar balik bunyi kipas berpusing.



aku tak berani nak tengok apa yang jadi dekat luar comforter.
sudahnya aku tidur and bangun esok pagi..
paginya aku cerita apa yang jadi dekat roomate.
pucat juga muka dia masa tu.
tapi aku percaya dia ok.
cuma dia tanya aku macam-macam soalan.
terasa macam kena interview oleh uncle seeker..



kisah kedua jadi masa aku conduct experiment dalam hutan belakang kampus aku.
nak kata aku ni berani sangat tak la juga.
masa tu aku fikir aku nak siapkan thesis biology.
tu tugas berkumpulan.
group aku ada 2 perempuan seorang lelaki *termasuk aku.
biasa nya hutan dekat kampus aku tu yang masuk budak-budak kembara and komander je.
dorang memang akan buat latihan hidup ala-ala zaman jepun dulu.
cemana nak survive semua..
tapi kali tu aku masuk bertiga sahaja.
kawan lelaki aku ni jenis alahaiiii..
dia boleh buat kerja.
tapi kurang kalau melibatkan kerja di lapangan.
yang seorang kawan perempuan aku ni terror dalam makmal je.
aku??
hahaa.. ntah.. aku ngek ngok je.
so aku juga kena lead..
dorang memang tak tahu jalan mana nak masuk.
aku ingat lagi.. sebab masa PERSAK dulu aku memang ada masuk hutan.
sampai dekat kawasan ala-ala paya bakau, kami terus ambil sample air.



dekat situ aku dah dapat rasa kan sesuatu pelik.
tapi aku tak nak cerita dekat dorang.
sebab aku yakin dorang akan takut nanti.
memang aku dapat rasa dengan jelas perasaan aku.
dalam beberapa saat aku rasa tiba-tiba ada angin datang terpa muka aku..
serius sepantas kilat.
terdiam!
sudah..!maybe petanda..
kawan aku dua orang tengah leka ambil sample air.*tempat sample air berbeza
tak jauh dari kami tiba-tiba pokok dekat tengah paya tu bergoyan dgn kuat tiba-tiba.
budak dua orang tu terperanjat.
muka dah pucat.
aku sebab kan aku tak nak masuk dua kali dalam hutan tu aku terus ambil baki sample air then ajak dorang keluar.


soalan pertama dorang.. "myra kau ada nampak apa-apa ke tadi?"
tak..aku jawab sekadar tak nak bagi dorang takut.
aku sendiri tak pasti apa yang aku nampak and aku kena masa dalam hutan tu.
diam je la..
malam tu aku demam.
lepas maghrib badan aku seram sejuk.
dari kaki dah mula rasa sejuk.
masa nak solat maghrib aku dah rasa kebas-kebas dekat kaki.
selesai solat badan aku rasa lain macam.
dua hari juga demam..


kisah ketiga terjadi masa aku di semester terakhir.
roomate aku sem lepas sekepala dengan aku.
jenis yang belajar lewat malam.
aku ingat lagi..kami habis belajar pukul 4.10 macam tu.
memandangkan pagi tu pukul 8 masing-masing ada test.
so perlukan rehat.
aku dah kemas meja terus baring and tidur..
dah baca doa sebelum tu.
sementara roomate aku masa tu tengah kemas meja belajar dia..
then dia pergi basuh mug dekat tandas.
dalam bilik aku hanya lampu belajar roomate aku je yang terpasang.
aku punya dah tutup.
aku tidur menghadap tingkap..
langsir dah tutup.
sebabkan dah terlalu letih sangat so aku terlelap..
tapi telinga masih peka dengan pergerakan roomate.
elok je roomate aku masuk kunci pintu bilik and tutup lampu, dia pun terus main handphone.
biasa nya dia akan gayut dengan boyfriend sebelum tidur.
aku nampak kelibat nenek tua dekat tingkap.
maksud aku dekat tingkap tapi dalam bilik aku.!
aku nampak kelibat tu sebab roomate aku masa tu tengah main handphone.
so cahaya dari handphone dia yang buat aku nampak nenek tua tu..!
mengucap panjang..
memang hodoh muka dia.
berkedut and rambut panjang.
kelibat tu berdiri menghadap aku.
jelas sangat mata dia pandang aku.
aku cuba nak panggil roomate aku..


aku dapat rasa kan badan aku kena himpit.!
suara aku tak terkeluar..!
tersekat dekat keronkong..
nenek tua tu masih berdiri sambil pandang aku.
aku baca ayat 3 Qul.
mulut aku rasa macam kena tekup!
makin aku baca makin kuat dia tekup.
aku rasa ada benda berat yang himpit aku masa tu.
aku tak boleh nak bergerak .
 nafas masa tu rasa macam dah hujung nyawa.
aku rasa tu yang paling teruk aku  pernah rasa.
aku baca ayatul Qurdsi.
tak mampu juga aku ringan kan beban yang himpit atas badan aku.
aku makin jelas nampak nenek tua yang berdiri menghadap aku.


berpeluh..! sebab kau seolah olah tengah berlawan dengan sesuatu yang luar biasa.
aku cuba gerak kan kaki dan tangan masih tak mampu.
jari je dapat aku gerak kan sedikit.
kalau sebelum ni aku pernah kena himpit masa tidur.
untuk yang ini, kali pertama aku kena himpit dalam masa yang lama.
sesak nafas!
aku nampak roomate tengah main handphone dekat sudut katil dia.
cuma aku tak mampu nak panggil or jerit nama dia.
aku berulang kali baca ayat 3 Qul..
entah kali ke berapa aku baca aku dapat rasa kan sedikit demi sedikit kurang .
aku dah tak nampak lagi nenek tua dekat tingkap.
aku terus bangkit and buka lampu meja belajar.

roomat terkejut.
katanya aku nampak berpeluh sangat.
bila aku tanya dia ada dengar tak aku panggil nama dia tadi?
dia kata dia ada perasan.
cuma dia perasan yang aku seolah-olah tengah bercakap.
tapi tak jelas
so dia agak aku mengigau..


aku keluar terus ambil wudhu and sambung tidur.


ni benda yang aku sendiri rasa.
aku tak tipu.
mungkin selama ini aku tahu akan kewujudan benda tu.
cuma aku tak rasa ..
kali ni betul- betul aku rasa sendiri.
kena himpit masa tidur tu benda yang kerap aku kena setiap sem.
even aku dah ambil wudhu sebelum tidur..aku tetap akan kena himpit.


susah aku nak buat kesimpulan apa yang sebenarnya aku kena?
gangguan sahaja atau sebaliknya?
Alhamdulillah sepanjang di sana aku tak pernah putus amalkan ayat 3 Qul dan ayatul Qurdsi.
sebelum tidur dan setiap kali selepas solat.


aku ada cerita pada seorang sahabat aku.
ada sebab yang buat aku rasa aku nak cerita dekat dia.
sikap ingin tahu apa yang sebenarnya jadi dekat aku itulah yang buat aku cerita dekat dia.
katanya hijab aku terbuka sikit.
aku kurang percaya kisah hijab terbuka ni.
sebab aku sendiri tak arif bab itu.
tapi kalau korang minta aku ceritakan keadaan atau rupa nenek yang aku nampak tu memang aku boleh cerita kan dengan detail.
cukup la aku beri tahu sekadar yang perlu je.
aku tak nak cetus kan apa-apa.
blog aku ni blog blogger picisan je.



apa sekalipun pendinding diri itu perlu.


sekian.

my talk:) balik cuti hujung minggu aku cerita pada ayah and ibu perkara yang sebenar berlaku. kata ayah meremang bulu roma tangan nya masa aku cerita. ibu pun rasa lain maca lepas aku cerita. Dalam adik beradik aku sorang je kena macam ni. Dan dalam ramai kawan-kawan aku sorang je yang rasa dan pernah tengok benda tu.. cuma satu aku harap. Jangan kacau aku lagi or bawa akibat yang bukan-bukan sudahlah..
Thanks for reading :)

No comments: