Al-Fatihah Solah. Terima kasih

Assalammualaikum.

Hari ni 25/7/2017.
Hari ni baru aku dapat kekuatan untuk menaip kisah dia.

Dia yang selalu ada dengan aku.
Tempat aku share and aku minta pendapat.


Muhammad Solahuddin bin Musa.

Aku tak tahu nak mula dari mana.
Orang lain datang and pergi dalam hidup aku.
Sikit pun aku tak ada rasa.
Tapi bila kau pergi, jujur aku down.


"Myra.. kau tahu pasal solah?"

"Solah meninggal beb. Accident.Aku harap kau kuat.."

Menggigil satu badan aku. Aku tak mampu nak kawal air mata aku beb. Asal kau buat aku macam ni?
Kau lupa janji kau nak jumpa aku selepas kau habis final?


Kau selalu cakap dengan aku.

"Hang kawan baik aku. Aku tak nak hang sedih. Aku tak nak sesiapa sakit kan hati kau.."

Tapi kau dah buat aku sedih ..
Aku masih tak dapat terima berita kau dah tak ada.

Solah..
Dinnie, Shah, Yana and semua tak boleh terima kau dah pergi.


Aku tak pernah tengok Dinnie menangis macam tu.
Shah tak pernah call aku sambil nangis2.
Semua sayang kau Solah.

Awal June kau call aku.
Kau borak panjang dengan aku.
Sejam juga aku spend masa dengan kau.
Kau rasa aku pernah ke nak spend masa dengan orang lain macam tu?


Kau call minta maaf dengan aku.
Beria sangat.
Sampai aku marah kau.
Aku langsung tak sedar tu tanda awal kau nak bagi tahu yang kau nak pergi.


Seminggu sebelum kau pergi, kau whatsapp aku.
Aku masih simpan whatsapp terakhir aku.

"Sorry Mira. Aku saja rindu kau. Gi la tido. Night Estrada.."

Then aku reply..

Nanti dah free Insyaallah kita jumpa ya?

"Insyaallah mira kalau umur panjang.. Kau sahabat dunia akhirat aku"


Terima kasih Solah.

Hang layan aku kasar. Hang kata aku macam lelaki. Sebab tu hang layan aku kasar.
Tapi sikit pun kau tak pernah lupa tanya khabar aku.

"Kau okay tak study?"
"Parents kau okay?"
"Eh.. asal ni mok? sedih pula kau.. Kata brutal. Kalau brutal tak boleh sedih."


Semalam genap sebulan kau pergi.
Aku masih terasa lagi beb.

Biar orang nak kata aku ni apa pun.
Sebab tak ada seorang pun layan aku baik macam kau layan aku.
Masa aku susah time diploma kau banyak bantu.
Kau tak pernah tinggalkan aku.
Kau memang kawan yang baik.


Kau datang beraya rumah aku.
Kau layan baik parents aku.
Aku tak boleh lupa kau makan beria dekat rumah aku.
Kau tak malu pun.
Bila aku bagi tahu ibu ayah aku yg kau dah pergi, dorang pun sedih beb.


Aku tak boleh nak bayangkan macam mana family kau pada raya pertama ..
Kau pergi sehari sebelum raya.
Sedih.
Mak kau kuat.


Tahun ni raya tak ada bawa apa2 makna bagi aku.
Aku tak pakai baju raya even baju raya aku dah siap.
Aku hormat kau.
Tahun ni tak ada raya bagi aku.


Solah..
Terima kasih sebab selalu ada time aku susah diploma dulu.
Kau banyak tahu rahsia aku.
Kau simpan semua nya baik2.
Tak ada orang yang mampu buat macam kau.
Kawan gelak aku ramai.
Tapi kawan yg ada masa aku susah cuma kau seorang je.


Thanks.
Sebab kau selalu minta aku positive.
Tak jemu bagi aku nasihat.
Kau orang pertama aku call bila aku dapat masuk degree.

"Wahh. Tahniah gemok! aku happy untuk kau.. Belajar elok2. Aku nak kita berjaya sama2. Kau jgn lupa aku pula.."

Tak Solah.
Aku tak akan lupa jasa kau.

Aku bersyukur.
Sekurang nya kau call aku beberapa minggu sebelum kau pergi.

" Kalau aku tak ada nanti, aku nak kau tahu. Kau sahabat dunia akhirat aku. Aku tak ada orang lain.."

Kenapa masa tu aku masih tak dapat hint yang kau nak pergi?

"Ingat tak dulu setiap kali selepas Solat Jumaat aku mesti call kau ajak teman aku makan dekat anjung.. Kau kata kau nak rehat sebelum nak pergi bertugas Kemahiran insaniah. Tapi aku paksa juga.. Kau turun juga teman aku makan.. "

Ya Solah. Aku ingat. Setiap Jumaat mesti kau minta aku teman kau makan. Aku kena tercongok duduk tengok kau makan. After makan, kau happy gila kan? " Thank you gemok teman aku makan..hahaha."


Banyak sangat kenangan kau dengan aku.
Maaf aku tak dapat nak ziarah hari kau dikebumikan.
Jauh beb. Di Gurun Kedah..
Rumah kau.
Kau dikebumikan sehari sebelum raya.


Solah.
Aku tak tahu nak taip apa lagi dekat sini.
Terlalu banyak ..


Kau kuat smoking.
Aku tegur kau jangan smoke.
Kau kata tak boleh.

But after that, kau bagi tahu..
"Mok, aku nak berhenti smoking la. Kau tolong aku ok?"
Aku terkejut.
Kenapa tiba2? Kan susah kau nak stop.
"Tak apa. Aku ada kau. Kau tolong aku ya?"


Seminggu alhamdulillah kau tak hisap lagi rokok.
Aku tak tahu macam mana kau boleh lawan benda tu.
Sebab aku tahu susah kau nak stop.

"Ha.. dah seminggu aku tak smoke. Thank you.."

Kau selalu bagi tahu aku..

" Aku nak jadi engineer in chem mok. Kau doakan aku tau."


Solah.
Terima kasih sebab selalu ada dengan aku.
Layan aku macam sahabat.
Even ramai yang rasa kita lebih dari itu.
Sebab kita dah pernah janji.
Kita akan sentiasa jadi sahabat.
Aku akan ada masa susah and senang kau,
And kau pun akan ada masa susah and senang aku.

Rehat lah di sana Solah.
Kalau kau jumpa sahabat baru dikalangan ahli syurga, kau jangan lupa aku okay? :(
Aku akan sentiasa sedekah kan Al-Fatihah untuk kau.
Btw, gf kau okay.
Baru-baru ni aku ada call dia.
Dia tak sehat beb. Dia rindu kau juga.
Dia kata dulu ada orang untuk dia ngadu dia tak sehat.
Sekarang dah tak ada..
Dia okay beb. InsyaAllah dia okay.
Sama macam aku.
Cuma perlu masa.
Malah dia lagi kuat dari aku sebenarnya.
Gf kau ada whatsapp aku:

"Kak.. Jangan sedih2. Solah tak suka kalau kita sedih.."

yes betul,.
Bila aku sedih, mesti kau marah. Kau tak suka aku down..


Terima Kasih Solah.


sekian


my talk:) Tq sebab jadi sahabat paling baik dalam hidup aku


Thanks for reading :)