Life

Assalammualaikum.

Lusa tarikh appoinment aku.
Aku terima surat untuk refer ke hospital.

Aku risau sedikit.
Kebarangkalian untuk aku positif penyakit itu agak rendah.
sebab aku tak ada langsung simptom2 dia.
cuma mungkin doktor nak buat pemeriksaan untuk sahkan aku bebas dari penyakit itu.


terkejut sangat bila aku terima surat untuk refer ke hospital.
lama aku fkirkan sama ada nak maklumkan pada ibu ayah atau tidak?
bimbang .. maklum saja lah..
ibu ayah ni kalau dengar aku kena buat saringan untuk penyakit itu dah tentu dorang gelabah..
aku kena asthma pun dorang dah risau.
ni kan pula kalau doktor sah kan aku positif penyakit itu..?


Lusa aku kena ambil darah and xray.
its ok.
aku bukan jenis yang takut pada jarum.
since minat aku pada medical field,so aku tak ada langsung rasa takut pada jarum..


cuma aku harap sangat..
supaya saringan yang aku bakal buat lusa keputusannya negatif.


cukup lah..
perjalanan aku jauh lagi.
aku tak nak sakit-sakit ni
aku nak ada life yang sehat.


insyaALLAH..
aku baik-baik sahaja.

tapi...
rasa seram tu tetap ada.
gila engko tak seram??
penyakit ni dulu merupakan penyakit utama di malaysia.
purata penghidap penyakit ini sangat tinggi..


so doa kan supaya result test aku tu negatif..
negatifff...


sekian

my talk:)  medical test hari selasa.. ambil darah and xray..
Thanks for reading :)

No comments: