Best Moment

Assalammualaikum.

Padu betul minggu ni.
Tak ada langsung masa nak rehat.
Non stop dengan quiz, test and assignment.

So malam ni aku free sikit.
Aku nak share something dekat sini.
Tak harap pun sesiapa baca.
More pada kenangan untuk aku.
So aku boleh baca semula.

So minggu lepas wedding kawan baik aku.
Kawan paling lama.
16 tahun kami berkawan.
Alhamdulillah.

Guys..
Aku tak pernah rasa ada kawan selama itu.
Aku tak pernah ada sahabat yang paling setia macam dia.
Jujur aku appreciate sangat persahabatan tu.

Fatin Aqilah.

Since tahun lepas lagi dia whatsapp aku tanya nak jadi bridesmaid dia tak?
Awal setahun dia tanya aku beb!
hahaa.


Time tu aku sendiri tak boleh nak decide.
Memang aku excited.
Tapi aku sendiri tak tahu time tu aku free or tak.
Sebab setahun dia punya offer.hahaha.


So aku fikir dia kawan baik, kawan dari sekolah rendah, family pun dah kenal, aku terima offer dia,
Serius aku banyak terhutang budi dengan dia.
Even dia tak minta balas.
Tapi aku hargai setiap satu apa yang dia pernah buat untuk aku.
Aku tak rasa aku akan jumpa kawan macam dia lagi.

So kami 10 orang bridesmaid ada group whatsapp.
Macam biasa la.
Senang nak bincang,
Baik dari segi baju sampai la ke shawl.


Ikut tentatif jumaat malam malam berinai dia.
Aku ni jumaat petang pukul 5 kelas Microbiology aku baru habis.
Dan hari itu aku ada test.
Khamis hari sebelum tu pun aku ada test.
Aku jenis kalau ada test, tidur aku memang tak tenang. Aku akan stay up sampai pagi.
Bayangkan tak cukup tidur memang penat gila.


Habis je test Microbiology, aku terus cari bas balik KL.
Dalam hati ni aku doa banyak2 supaya aku sampai on time.
Tak dapat sampai awal pu tak apa.
Janji on time.


Alhamdulillah.
Aku sampai rumah pukul 8:30 malam.
5 jam perjalanan.
Balik mandi solat makan terus aku ke rumah dia.
Spend masa sampai pukul 12 malam.
Esoknya pukul 8;30 pagi dah kena ada dekat rumah dia.
Sebab nikah pukul 9 pagi,
Barai mata.
Tapi make up dapat juga cover.


Moment paling indah bila kau jadi saksi kawan baik kau menikah.
Aku tak tahu kenapa time tu aku sebak.
Hahaha.
Sejak bila jadi hati tisu pun aku tak tahu.
Serius sebak beb.
Maybe sebab aku banyak tahu semua kisah cinta dia dari zaman sekolah lagi.
Jujur aku doa kan suami dia sekarang cinta dia yang terakhir.

Malam berinai tu sempat juga aku berborak dengan dia and parents dia..
Sebab malam tu cuma aku, beberapa orang bridemaids and family dia.

Baru aku tahu kisah cinta dia dengan suami dia,Akim.
Jujur kisah cinta dia dengan Akim aku tak follow.
Sebab masing2 dah busy.
Tapi aku tahu dia dengan Akim.


Aku dapat tahu Akim terus jumpa parents dia minta izin nak kenal and berkawan dengan Qila.
Beb..
Aku salute!
Jujur aku suka lelaki macam dia.
Ada usaha.
Even masa itu hubungan dorang masih terlalu baru.
Sekurangnya dia ada usaha.
Well.. Itu yang girls nak dalam setiap hubungan.
Effort.


Okay tak habis situ lagi,
Malam berinai Akim ada sekali.
Aku tengok hubungan dia dengan parents Qila, sedara mara, atuk nenek Qila, baik and best sangat!
Pandai kau ambil hati family Qila, Akim!
Aku salute!
Patut sangat kau dapat kan dia.
Sebab Qila paling rapat dengan family dia.


Aku suka tengok cara dia.
Pandai sangat layan family Qila.
Pandai bawa diri.
Pandai hormat family dia.
Ya Allah.
Untungnya Qila.
Aku tumpang gembira beb.


So far everything went well.
Sampai la ke dorang nikah.
Alhamdulillah sekali lafaz je.
Allah permudahkan urusan dorang.


Qila & Akim,
All the best for your marriage life.
I wish nothing but the best for you guys.
Please have a cute baby as soon as possible. haha


Malam berinai tu aku makan since parents dia dah sediakan buffet bawah khemah.
Sempat juga mak dia tegur.
"Myra bila lagi? Aunty doakn Myra pun cepat sampai jodoh.."
Aku senyum. "Doakan ya aunty.."
"Cari lelaki yang ada effort, yang hormat orang tua, pandai bawa diri dalam keluarga .."
Aku angguk senyum..


Betul lah.
Kalau tanya semua perempuan, memang nak lelaki macam tu.
Sekuranya ada effort.
Tahu apa dia nak.
Plan masa depan.
Kedua, pandai bawa diri dalam family.
Hormat parents.

Cukup la.
Tak payah nak kaya.
Kalau ada dua basic ni, aku lapang dada terima.
haha.


Sekian.


My talk:) Beruntung sangat Qila. Aku tumpang gembira.. Tahniah Qila.
Thanks for reading :)

No comments: