Peristiwa itu

Assalammualaikum..

Sedikit aku nak share dekat sini.
Bukan nak menunjuk.
Bukan juga nak bangga.
Jauh lagi nak lagak bagus.


Cuma..

Aku nak share dengan korang supaya kita sama2 dapat manfaat.


Aku pernah sentuh perkara ni pada post2 sebelum ini.
Cuma kali ni anggap la sebagai satu peringatan untuk diri aku and sesiapa yg baca.


Aku pernah rasa susah.
Aku pernah rasa hampir terputus bekalan makanan waktu belajar dulu.
Aku selalu ikat perut.
Aku satu2 insan yg rajin berpuasa semata2 nak tahan lapar dan jimat duit.
*niat aku salah. Tapi lama kelamaan aku sedar. Puasa niat kerana Allah. Bukan kerana kau x cukup duit. Insyaallah rezeki itu akan ada.


Aku pesakit gastrik tegar sebab selalu skip makan.


Tapi satu benda yg aku belajar dari situ..
Benda yg aku rasa aku jarang buat.
Tapi benda tu bawa rezeki pada aku.

Sedekah.

Aku dulu bila ada duit sikit baru nak sedekah.
Itu pun kalau ada mood.
Kadang aku rasa aku paling kedekut.
Aku masih ada makan.
Tapi aku jarang nak sedekah.


Sampai satu hari hati aku tergerak untuk aku sedekah.
Masa tu aku dekat kampus.
Walaupun duit poket betul2 cukup makan, tapi hati aku betul2 tergerak untuk aku sedekah.
Kebetulan masa tu ada orang luar datang kampus buka meja untuk infak dan waqaf.


Sebaik keluar dari lif, aku lalu depan meja akak yg buat infaq dan waqaf.
Aku sekadar pandang dengan pandangan kosong.
Sekolah olah tak ada apa2 di sebelah tepi pada waktu itu.


Beberapa meter selepas aku berjalan dari meja akak infaq tu, hati aku minta aku stop dan patah balik.
Aku sendiri pelik dengan perasaan macam tu..
Aku masih berjalan.
Makin kuat perasaan itu minta aku berhenti.
Aku berhenti.
Aku tak tahu nak buat apa masa tu?
Untuk apa aku patah balik??
 Aku toleh ke belakang pandang meja akak tu.
Hati aku sayu beb!
Aku rasa sebak.

Aku pelik sangat dengan apa yg aku rasa masa tu.
Aku patah balik.
Aku lalu depan meja akak tu.
Dan akak tu siapa aku.

"Assalammualaikum dik.  Nak infaq? Nak waqaf? Tak banyak sikit pun tak apa. Janji adik ikhlas."

Manis senyuman akak tu.
Redup mata dia.

Aku yg tengah binggung masa tu terus aku angguk.
Angguk je..
Sebenarnya aku tak tahu kenapa aku berhenti depan meja tu.?


Aku baca sehelai kertas atas meja akak tu.

Waqaf Al-Quran - RM 5 / 1 nama.
Senaskah Al- Quran - RM25 / 5 nama.

Tiba2 mulut aku dengan sendiri bagi tahu akak tu , " kak. Sya nak waqaf. Boleh tak? "

"Boleh dik. Adik isi nama dan jumlah yg adik nk waqaf kan, lepas tu kita akad ye.."

Masa itu, hati aku rasa lega dan puas sangat2.
Seolah olah hati kecik aku ni berbisik, Terima kasih myra.

Jangan tanya berapa jumlah yg aku waqaf kan masa itu.
Apa yg ada dalam purse, aku tggal kn beberapa RM untuk aku beli makan malam.
Jujur saat itu aku memang tak ada duit sangat.

Rezeki Allah itu luas.
Even kau tak pernah sangka dari mana datang nya rezeki tu?
Aku lagi tak pernah terfikir.
Kalau ada duit, dapat la aku survive dekat kampus.
Kalau tak ada, Maggie or biskut kering je la aku makan.


Allah Maha Pemurah.
Balik bilik ada orang letak nasi bungkus untuk aku.
"For you. Enjoy your meal"
Puas aku tanya semua kawan aku.
Tak ada siapa yg ngaku.
Tapi makanan tu ada atas meja aku.


Paling best, esok nya bila duit poket aku tinggal beberapa RM, kawan aku offer nak belanja aku KFC.
Kata nya sebab aku pernah tolong dia.
So dia nk balas pertolongan aku.


Beberapa hari selepas itu, duit gaji aku buat part time di kampus masuk dalam acc aku.
Subhanallah.
Aku tak pernah sangka.
Betul la kata orang.
Kalau kau ikhlas memberi, rezeki kau tak akan pernah putus.


Sedekah untuk luas kn lagi rezeki.
Bukan untuk jadi kan kita miskin.

Itu shj aku nak share.
Kadang kita rasa kita dah cukup susah, makan bercatu, tapi kalau kita kongsi rezeki yg kita ada, Allah akan luas kan lagi rezeki kita.

Jujur.
Aku dulu zaman diploma makan selalu bercatu.
Kadang sehari je makan.
Sebab nak jimat.
Nak minta parents memang tak akan la.

Peristiwa itu dah banyak ajar aku sesuatu.
Kalau kau percaya dengan Allah, percaya rezeki itu dari Allah, akan ada rezeki kau juga.


Ok
Segan aku nak cerita lebih2.
Aku bukan sesiapa pun
Cuma kalau ada rezeki, sedekah lah.
Sedekah tambah kan rezeki.

Sekian

My talk:) hee



Thanks for reading :)

No comments: