Nota kaki ku

Assalamualaikum.


Azam?

Alhamdulillah. Azam 2015 berjaya dicapai. Malah lagi jauh dari yang aku sangka.
Betullah.

"ALLAH akan genggam semua doa kita dan ALLAH akan tunaikan satu per satu doa kita bila tepat pada masanya."


Selama ni aku selalu menyebut nak kan 'itu'. Dari sekolah menengah lagi impian aku nak dapat kan 'itu'. Dan setelah aku terpaksa menunggu dengan penuh redha tanpa aku tahu sebenarnya doa itu makbul 4 tahun lagi, akhirnya sekarang aku dapat.
Alhamdulillah.

Speechless sangat!
Aku sendiri tak sangka. Even sampai aku hampir putus harapan. Tapi Allah tak pernah buat aku down. Setiap kali aku 'minta' walaupun aku sendiri tak tahu keputusan, aku sentiasa dapat rasakan macam ada aura yang pujuk aku untuk sentiasa positif dalam mengharap.


Untuk azam 2016.
Aku nak capai sesuatu untuk kepuasan hidup aku.

Tak perlu aku share apa dia di sini.
Biar aku usahakan.


Dari segi pengajaran yang aku dapat untuk tahun 2015,
terlalu banyak.. Sangat banyak.
Tak terkira.
Cuma ada beberapa perkara yang betul-betul terkesan pada aku.



Salah satu nya,
Bila susah kau akan kenal siapa saudara dan siapa bukan?
Saudara maksud aku di sini umum ya.

Pengalaman aku sendiri..
Saat aku betul-betul perlukan seorang yang bergelar 'saudara' daripada kalangan 'saudara' aku sendiri, untuk bantu aku, bertalu talu persoalan yang dia berikan.
Dan akhirnya 'orang luar' yang sudi bantu aku.
Alhamdulillah.
Terima kasih.
Aku akan ingat jasa dia.
Dan aku tak kan lupa apa yang dah jadi.

Terkilan?
Sangat!
Aku akan ingat sampai bila-bila.


Aku tak akan lupa jasa orang yang dah bantu aku.
InsyaAllah aku akan bantu dia atau ahli keluarga dia kelak.
Itu niat aku.



Sekian.


my talk:) awak dah ajar saya macam mana nak layan awak akan datang. Dan paling utama, awak dah sampaikan bahawa kalau awak susah akan datang, saya perlu buat benda yang sama macam apa yang awak dah buat pada saya..YEAHH! roda kehidupan. Tapi saya harap saya tak ada peluang nak balas balik apa yang awak dah buat. Kalau karma itu wujud, saya nak biar orang lain buat benda yang sama macam apa awak dah buat pada saya. Supaya awak tau sakitnya bila orang lain tak bantu awak masa awak sangat memerlukan. Saya tak akan sikit pun balas apa yang awak dah buat. Saya cuma nak jadi orang yang terakhir awak cari untuk minta tolong. Sebab saya akan bantu awak.
Thanks for reading :)

No comments: