Abaikan

Assalammualaikum.

Hari ni curi masa kejap nak menulis di blog.

So apa khabar warga pembaca?
*acah-acah macam ramai je pembaca eh.hihi


Now aku aku tergerak hati nak share cerita berkenaan rezeki.
Harap dapat bagi input yang berguna pada pembaca.
Tak banyak, sedikit pun tak apa.
So selamat membaca.



Kadang aku pelik.
Kenapa orang lain dapat apa yang mereka inginkan?
Dengan mudah.
Tanpa perlu usaha keras seperti aku.


Kadang aku cemburu.
Kenapa nasib mereka lebih bertuah?
Sentiasa dipenuhi keinginan untuk mliki apa yang mereka mahu.



Kadang aku sedih.
Kenapa aku perlu bersusah payah berusaha untuk dapat kan apa yang aku mahu..?
Tapi akhirnya usaha aku itu hanya sia-sia.
Tetap tak dapat apa yang aku mahu.



LIHAT.


Allah aturkan perjalanan hidup kita berbeza beza
Sedikit pun tidak sama dngan orang lain.
Malah rezeki kita pun berbeza.

Kenapa Allah aturkan begitu?


Persoalan demi persoalan sentiasa berfikir.
Aku seorang yang sentiasa berfikir itu dan ini.


Dan sekarang aku jumpa jawapan untuk semua persoalan aku.

Allah nak kita usaha sambil mengamalkan sikap redha dengan qada' dan qadar NYA.
Kenapa?
Dalam proses kau usaha untuk dapatkan apa yang kau mahu, kadang Allah nak tengok sejauh mana kau beriman dengan qada' dan qadar NYA.
Jika apa yang kau usahakan itu akhirnya jumpa jalan buntu, adakah kau ingin salahkan nasib hidup kau?
Atau kau redha dengan apa yang Allah dah tetapkan?



Aku lalui banyak kepayahan sebelum aku dapatkan sesuatu.
Aku sedar kadang aku tergelincir.
Hampir setiap masa aku putus asa.


Alhamdulillah.
Ibu tak pernah berhenti suntikkan aku kata-kata semangat.

" Doa lah kakak. Allah dah tetapkan rezeki kita semua. Kalau itu yang kakak nak, kakak jangan berhenti doa. Allah suka kalau kita meletakkan sepenuh harapan pada NYA."


Ini kata-kata yang ibu bagi 4 tahun lepas.

Terus terang aku kata. Apa yang aku dapat sekarang ni, bukan dalam jangkaan aku.
Tapi benda ni memang impian aku.

Aku sedar.
DIA maha mengetahui segalanya.

Setiap sudut hati kecil aku, DIA mampu baca apa yang aku pendamkan.



Secara jujurnya.
Aku sendiri tak sangka dengan apa yang aku ada sekarang ni.
Dalam rezeki yang Allah bagi, Allah selitkan beberapa ujian kecil buat aku.


Kata-kata dan bantahan orang sekeliling sentiasa tak lepas daripada menjadi tumpuan.
Tapi aku bersyukur.
Sebab aku punya ibu yang sentiasa memotivasikan aku.


"Doa juga supaya Allah jadikan kita orang yang positif"

Sedikit pun tak jadi kudis apa yang mereka di sekeliling cuba lontarkan pada aku.
Aku terima cakap-cakap mereka dengan tangan yang terbuka lalu aku jadikan kata-kata mereka kepada satu bentuk aura motivasi untuk aku terus maju.


Bohong kalau aku tak pernah sedikit pun berfikiran negative.
Bohong kalau aku tak pernah pun terusik dengan apa yang mereka cakapkan.

Tapi aku mula belajar.
Bahawa orang hanya mampu memberikan komen.
Tapi tidak mampu memberikan sokongan.

Bagi aku.
Mereka hanya mampu mengangkat sebilah mata pedang untuk menjatuhkan.
Tapi tidak mampu meniup semangat untuk menyokong.

Benar bukan?


Terpulang.
Aku lebih suka memilih untuk diam.
Diam itu adalah lebih baik.
Oleh sebab itu aku memilih untuk merahsiakan apa saja berkaitan diri aku pada pengetahuan umum.


Mana aku belajar?
Course apa yang aku ambil?


Nak Berjaya kau kena pegang prinsip ni.

" Diam dan biarkan kejayaan kau menjadi bualan mereka."



Aku pun bukan lah pelajar cemerlang.
Cuma aku sedikit sedikit menaiki tangga kejayaan dengan usaha doa dan redha kedua ibu ayah aku.
Itu sudah cukup buat jadi bekal untuk aku Berjaya.


Akhir sekali,
Nak Berjaya kau kena jadi seorang yang keras hati.
Keraskan hati dengan segala cakap-cakap orang.
Keraskan hati dengan segala gangguan yang bakal mengganggu proses kau untuk Berjaya.
Dan yang terakhir, keraskan hati untuk kejar apa yang kau impikan.



sekian.

my talk:) Manusia itu sifat Nye sentiasa berubah-ubah. Kadang kerana inginkan kesempurnaan. Kadang kerana inginkan kelainnan. Kadang kerana terlalu terikut dek arus zaman. Tapi aku berubah kerana impian. Ya.. Ramai kata aku dah berubah. Jarang on whatsapp.(Bila perlu je on. Sebab nak tengok group kelas.) Dah deactive twitter. (Tak membantu aku walau sedikit pun) Dan jarang reply whatsapp group.. Maaf dan terima kasih.

Thanks for reading :)

No comments: