Tenang

Assalammualaikum.. Harapan aku satu je sekarang. Aku nak pergi Melaka.. Aku nak lepak sana. Nak duduk tepi pantai Klebang tu.. Aku nak duduk sorang-sorang. Jangan siapa ganggu aku. Tenang sangat.. Dengar bunyi ombak buat kau rasa indah nye alam ni.. Serius.. aku tak tipu. Duduk situ 3,4 jam pun aku boleh..  Tenang beb. Nanti kalau dah kerja aku nak selalu ulang alik ke Melaka.. Dapat balik hari pun tak apa. Bukan jauh pun. 2 jam setengah perjalanan.. Aku pun dah hafal jalan ke sana. Jalan sekitar Bandaraya Melaka pun aku dah hafal.. Mana tak nya. Aku ulang alik ke Melaka since aku umur 4 tahun lagi. Aku ada satu port paling best kalau nak makan asam pedas. Wehh.. sedap sangat asam pedas Melaka! Padu sangat!  Dapat asam pedas ikan pari dengan telur masin pun dah cukup bagi aku.. Hahha. Aku dah macam orang Melaka pure!  Jiwa aku lebih pada Melaka.. Balik pada cerita tadi. Tempat port aku makan asam pedas padu tu dekat sebelah Hotel Everly.. Sekarang dah macam hotel berhantu.. Aku dengar owner hotel tu bergaduh. So hotel tu terbiar.. Sedih juga la masa last visit aku hari tu.. Sebab tu satu satu nya hotel yang selalu aku tidur since aku 4 tahun. Pool dia memang awesome! Service dia memang terbaik! Bilik hotel dia luas.. Tu belum tengok dia punya living room. Aku rasa rumah dekat kolej uitm aku tu kecik compare tu bilik hotel ni..  Rindu nye dekat Melaka.. Rindu suasana  dia. Rindu makanan dia. Dulu masa sekolah rendah aku suka pergi Mahkota Parade.. Sebab dulu depan Mahkota Parade ada taman permainan. Haha. Budak-budak kan.. Masa tu Dataran Pahlawan tak ada mall lagi..  Ha.. lagi satu. Berhampiran Dataran Pahlawan ada macam taman mini.. sekarang dah cantik gilaaa. Dekat situ ada kapal terbang zaman peninggalan Parameswara dulu.. :p Setiap kali lalu situ wajib aku panjat dekat roda kapal terbang tu.. Tak tahu kenapa..? Pe'el aku pelik sikit.haha. Tu belum lagi aku langkah masuk pagar kereta bomba.. hahaha. Dekat area kapal terbang tu ada macam kereta bomba. Aku pun tak pasti sangat. Aku suka panjat.. Dan mula berangan seperti driver kereta bomba utk selamatkan rumah yang terbakr. Haha..Situ 'taman permainan' aku sebenarnya :)  ok..setakat ini. Nanti aku jadi makin rindu pulak..hehe.. Sekian.
Thanks for reading :)

No comments: