Kenapa?

Assalammualaikum .. Nak tahu apa lagi perit? Bila kau mula pendam apa yang kau rasa.... Nak tahu apa yang buat kau sedih? Bila kau mengharap dalam diam. Nak tahu apa yang buat kau kuat? Bila orang lain menafikan kebolehan kau saat kau sedang gigih usaha kan sesuatu. Nak tahu apa buat kau down? Bila salah seorang orang yang kau sayang hilang.. Nak tahu apa buat kau kecewa? Bila kau tak mampu nak tunjukkan kebolehan kau.. Nak tahu kenapa kau down? Bila perbandingan mula mengambil tempat. Nak tahu kenapa kau masih mampu bertahan? Sebab kau masih ada sisa keyakinan diri yang jitu. Nak tahu kenapa kadang kau rasa kau seorang diri saat ditimpa masalah? Kerana hidup tak jamin kau punya sesiapa untuk sentiasa menemani kau melainkan Allah. Nak tahu kenapa kau selalu jatuh? Sebab kau sedang belajar erti sebuah kehidupan. Nak tahu kenapa kau masih mampu berjalan meski kau ditikam dari belakang beberapa kali..? Sebab setiap perjalanan Allah janji untuk sentiasa bersama kau. Nak tahu apa cara paling mujarab untuk terus jadi kuat? Doa..  Nak tahu apa cara terakhir setelah usaha? Redha.  Ya Allah. Terus jadikan aku insan yang sentiasa positif dengan setiap ujian yang Engkau beri. Sekian.
Thanks for reading :)

No comments: