Demam

Assalammualaikum  ..Dari Isnin sampai hari ni, Rabu.. Aku demam panas. Malam isnin tu ayah and ibu terus bawa aku ke klinik.. Aku tak pernah rasa demam macam tu.. Tak selesa mata and udara dari mulut aku jadi panas. Aku masuk bilik doktor. Doktor baru pegang tangan aku terus dia sua kan aku thermometer.. Katanya badan aku panas sangat..  Nah.. 39.8 suhu badan aku masa tu. Doktor terus suntik aku dengan ubat.. Kata nya tak nak bagi suhu aku terus naik.. Then dia cek tekak aku. Lama juga dalam bilik doktor. Sebab nak pantau katanya.. Kalau lambat sikit datang klinik maybe aku boleh kena high fever.. Lima jenis ubat dia bagi suruh aku makan dalam masa tiga hari.. Kalau masih demam lagi aku kena ke klinik lagi sekali.. Malam tu tidur ibu jaga.. Sebab risaukan aku demam panas. Tuala  basah letak dekat dahi tak sampai 10 minit dah kering.. Haba dari badan tinggi sangat.. Bibir aku merah je.  Doakan aku cepat sehat ye.. Aku nak buat persiapan .. Banyak benda tak siap lagi.. Demam pun kena fikir itu ini.. Sampai mimpi. haha.. Sekian.           P/s: Aku ber-blogging hanya sekadar untuk bercerita.. doakan aku cepat sehat ye.. Tak ada niat nak raih simpati sesiapa. Ok tq.
Thanks for reading :)

No comments: