Impian dan Peluang

Assalammualaikum.

Aku pernah dengar orang kata begini :"kadangkala apa yang kita inginkan sebenarnya peluang itu tiada untuk kita. Walaupun tak mampu kita peroleh tapi mungkin kau boleh sekadar mendekati sahaja."

Dulu puas juga aku fahamkan maksud ayat tu.
aku paling tak suka kalau orang bagi aku ayat berkias macam tu.
satu masalah bagi aku untuk fikir makna tersurat..
aku bukan budak sastera yang mampu nak cungkil maksud ayat berkias tu..

dulu dekat sekolah aku terpaksa hadam apa itu metafora, anafora , aliterasi , asonansi..wah..aku berjaya ingat lagi komponen tu sampai sekarang..hehe..syabas beteh!

apa yang aku nak share dekat sini ada kena mengena dengan sesuatu yang aku teringin nak cuba..
nak cuba secara serius.
tapi kalau dah bukan rezeki, tetap kau tak mampu milik..ye dok?

satu perasaan yang membuak buak untuk aku turun ke tapak itu lagi.
tengok mereka 'berterbangan'.
satu impian yang aku semat dalam hati untuk aku punya 'sayap' untuk aku terbang.
untuk aku kendalikan sendiri.

aku masih belajar teorinya..
aku google.
aku download apa sahaja berkaitan paragliding.
aku rujuk sifu yang aku rasa kan cukup banyak pengalaman dalam bab ini.


pujuk hati jugak sebenarnya..
tak apa lah kalau tak dapat peluang untuk belajar praktikal.
sekurangnya aku masih dapat belajar teori tentang itu..

aku nak share apa yang aku dapat dari sifu..
even aku tak kenal rapat dengan dia.
tapi aku tanya secara langsung dengan dia.
alhamdulillah..feedback yang dia berikan memang baik.




aku sempat screen shot komen beliau..
panjang lebar penerangan beliau.

komen ni beliau berikan bagi menjawab soalan aku berkenaan penggunaan cocoon dalam paragliding.
hasil dari komen beliau aku boleh buat kesimpulan yang penggunaan cocoon sebenarnya sesuai kalau seseorang pilot tu nak terbang dalam jarak yang jauh dan dalam keadaan laju.

korang baca je la..hope korang faham. sebab penggunaan bahasa inggeris dia pun mudah untuk difahami.


aku akan ingat satu pesan beliau..
"dont wish.but give it a try."
haha..
dia marah kot sebabnya setiap kali aku cakap 'i wish to be a pilot and become a thermal paraglider' , mesti dia akan ceramah aku.
entah.
celah mana aku nak fly?
peluang tak ada.
kalau ada insyaAllah aku nak belajar sampai habis.
*eh..belajar tak akan pernah habis.

tunggu la dah habis belajar nanti aku dah kerja dah ada kereta sendiri insyaAllah aku akan pergi tapak paragliding..
*agaknya masa tu mesti dah suam-suam kan sukan ni? hopefully tidak lah..
beto kusyairi pun join..sekarang dah jadi pilot..
hebat!


sekarang ni nak pergi pun jauh.
kan bagus kalau Ampang ni ada site paragliding..?


tempoh hari aku layan Amazing Race Asia dekat chanel 701..
menangis nangis mat saleh tu sebab kena buat tandem..
ahaha..
well at least aku tak la sampai menangis masa tandem hari tu..
cuma terfikir boleh ke tak aku terbang even badan aku berat?
tak dapat terbang pun tak apa lah..janji kaki aku tak cecah tanah dalam masa 2 minit..
itu sudah cukup :p
 hahaa.
alhamdulillah..berkat larian terkedek kedek aku dengan kuak kupu-kupu yang aku buat masa take off berjaya juga aku fly dekat atas dalam masa 6 minit!
puas? memang puas!
bumi Allah ni indah sangat kalau tengok dari atas.


well aku minta diri dulu.
minat aku pada paragliding tak akan pernah padam.
walaupun tak dapat turun ke tapak paragliding, aku akan setia di bilik untuk belajar teori.


aku ada buat buku nota sendiri tentang paragliding :)
puas..
aku tak jemu buat nota tentang paragliding.
tempoh hari aku ke klcc. 
aku singgah ke kinokuniya.
aku speaking ler dengan staff dekat situ yang aku nak cari buku pasal paragliding.
then dorang bawa aku dekat satu rak.
niat memang nak beli buku pasal paragliding.
sekali tengok harga dia,,dush!!
bapak mahal!
aku ada rm 4o je masa tu untuk aku spend beli buku tu..
harga buku tu RM 200++
mana aku nak cekau RM200++ tu?

YA..confident!
*kawan-kawan aku sendiri gelarkan aku myra confident.
aku yakin sangat yang harga buku tu tak semahal yang aku sangka.
nak baca buku tu pula tak boleh.
sebab dah berbalut dengan plastik.
aku nyampah sangat masuk kino tu.
buku-buku dia semuanya berbalut.
cemana nak baca?


senyum sorang diri aku masa tu.
dah sah-sah lah harga buku mahal sebab itu buku dari luar negara.
RM40 aku pun hasil dari tabung aku yang konon nya nak beli payung satu hari nanti.
haha..
nak beli buku paragliding pun tak lepas..
ada hati nak beli payung yang beribu.
--'

apa cara sekalipun aku nak juga dapat kan satu copy pasal paragliding.
kadang rujuk google ni bukan nye betul sangat.
banyak sangat pendapat dorang.
aku ni beginner je. zero! tak tahu apa2.
dekat Popular dan MPH memang tak ada buku pasal paragliding ni.
aku dah survey.


aku ingat nak jual la viola aku tu..
bukan nya aku main pun.
cantik lagi viola aku.
baru guna 5,6 kali je.
tapi kalau aku jual nanti apa pula kata ayah??
tu hadiah dari ayah.
kalau aku jual balik dekat Yamaha Muzik memang cukup la aku nak beli buku tu.

bab lego barang ni memang aku terror.
"ayah..kalau viola tu kakak jual jangan marah ye :( "


sekian .

my talk : ada sesiapa nak beli viola? harga boleh runding. keadaan masih baru. Tip top. Bow pon elok. Tak pernah rosak. Belly pon masih berkilat lagi. Beg or case kaler hitam. Pm kalau berminat. tq

Thanks for reading :)

No comments: