Doakan

Assalammualaikum..

Semalam (khamis) perjalanan aku agak huru hara..
sebenarnya sehari sebelum tu lagi aku dah terima berita itu.
tapi bukan dari tuan empunya diri.
tak perlu tahu dari mana aku tahu.
dan kenapa aku rasa kan aku perlu ambil tahu, itu sebab peribadi aku..


dan selepas itu bila aku dapat maklumat baru tak fikir panjang, aku berdesup ke hospital pilah..
ye hospital kuala pilah..
aku bawa sedikit buah tangan.
aku ingat pesan ibu lagi..
"tanggungjawab kita ziarah orang yang sakit. walaupun kita tak mampu pulihkan kesihatan dia sekurang nya kita ziarah membawa doa dan harapan untuk dia sehat balik.."

sebelum sampai ke hospital macam-macam cabaran yang aku kena lalui..
serius talk!
dengan bas uitm tak ada..teksi pula ramai yang dah ada penumpang..
apa je cara aku untuk sampai ke hospital?
aku tak suka susahkan orang
even kawan aku..
selagi aku mampu selesaikan aku akan cuba.


duit dalam poket hanya ada not RM10..
nak keluarkan dari ATM , mesin ATM pula buat hal tak boleh keluarkan duit nilai bawah dr RM50..
what??

Allah uji aku lagi..
sebolehnya aku nak ziarah.


Alhamdulillah..
sesudah kesulitan ada kemudahan.
yup aku percaya pada itu.
akhirnya Berjaya juga aku sampai ke hospital kuala pilah.


aku dail numbor mak cik..
kali ni line celcom aku buat masalah.
Allahuakbar..dugaan sangat.
setelah beberapa kali dail dapat juga bercakap dengan mak cik.
aku tanya khabar mak cik.
aku mula tanya keadaan pak cik.
katanya sakit dada pagi nak keluar menoreh.
hurm... :(



lepas bual untuk seketika aku tanya tentang nombor wad.
memandangkan aku dah sampai dan buah tangan pun dah berjaya dalam genggaman aku dah sedia untuk naik melawat.
"myra nak datang melawat ke? pak cik masuk hospital JEMPOL ni.."
GULP!!!
aku salah dengar?
aku was-was dengan line yang ada masa tu..mungkin saja line celcom aku buat hal lagi ..
"err.. maaf mak cik.. hospital mana ye? kurang jelas tadi.."
"hospital jempol ni myra. mak cik pun baru sampai. tadi mak cik dari rumah.."
sah!!!
sahhh!


sekarang aku nak melawat siapa pula dekat hospital pilah ni??
sedih!
perasaan sedih tu Allah je tahu.
aku nak sangat ziarah.
tapi salah hospital !!
hospital jempol tu aku tahu.
cuma perjalanan dari uitm aku akan ambil masa 45 minit untuk ke sana..
dan macam mana pula aku nak ke sana??


aku call kawan yang ada kereta..
"sorry myra.. aku dah dekat seremban.."
beb!! :(
kau je harapan aku..
nak ambil teksi poket pula nipis..lahaii..
dugaan nya :(



sudahnya aku putus asa.
dah tak ada jalan lain untuk aku ke sana..
tak apa ..
tak dapat ziarah pun aku kirimkan doa untuk pak cik..


Ya Allah.
Engkau berikan kesembuhan pada pak cik.
Maha engkau yang menurunkan musibah..
pada engkau juga kami mohon kesembuhan.
Tenangkan hati ahli keluarga nya.
Tambahkan iman pada mereka.
kuatkan semangat pak cik.
permudahkan segala kesulitan yang mereka sekeluarga hadapi.
Murahkan dan panjangkan rezeki mereka sekeluarga.
Amin..

my talk:) maaf pak cik myra tak dapat datang ziarah pak cik. myra dah sampai hospital kuala pilah masa tu. myra tak tahu pula yang pak cik masuk hospital jempol. insyaAllah doa myra sentiasa ada untuk pak cik.

minta jasa baik pembaca blog ni sedekah al-fatihah semoga pak cik cepat sembuh. myra minta juga pembaca blog dapat selitkan doa untuk pak cik selepas solat dan dalam solat hajat.. terima kasih. semoga Allah makbulkan doa kita. insyaAllah
Thanks for reading :)

No comments: