tewas

saat kau rasa kau mahu lakukan sesuatu perubahan, saat itu kau sedar kau tidak punya peluang.
masa mengajar engkau erti sebuah peluang.
mungkin sebelum ini aku tersilap langkah.
aku tak hargai orang sekeliling aku.
tapi saat aku mula sedar akan insan yang aku sayang, saat dan ketika itu aku tidak punya kesempatan lagi.
mungkin juga balasan atau pengajaran buat aku.
terlalu berada pada zon selesa membuatkan aku rasa yakin dengan mereka yang hadir..


dan kini..
aku sedar akan kesilapan yang telah aku lakukan.
ada hati yang tercarik dek sikap aku.
aku hati yang terguris dek tindakan aku.
ada yang mengambil langkah untuk mula pergi meinggalkan aku.


jujur aku ingin mohon ampun dan maaf dia atas segala kekhilafan diri.
aku terlalu takut untuk kehilangan mereka yang aku sayang.
tak semudah itu aku mampu lupa apa yang terjadi.
dan aku tidak sekuat itu untuk membuang segala kenangan.

ya..aku bodoh.
bodoh kerana tak mampu menghargai mereka yang hadir.


dan sekiranya aku diberi akan satu peluang walaupun sedikit,
izinkan aku untuk menggunakan kesempatan itu.
izinkan aku untuk tidak mengulangi kesilapan lama.
izinkan aku untuk menghargai kehadiran kalian.
dan izikan aku untuk buktikan bahawa segala kata-kata aku adalah benar.


jika sisa peluang itu milik aku,
izinkan aku untuk mulakan cerita baru.



saat ini semua serba serbi berubah.

aku terasa akan perubahan itu.

kalau dulu aku mampu untuk itu dan ini.
sekarang tidak lagi.
aku terus mencuba.
dah masih mencuba.
terkadang saat aku lihat usaha aku sekadar sesuatu yang tak mampu aku capai matlamat,
aku jatuh lagi.
aku tak kuat.


untuk hari baru, aku cuba bangkit semula.
walaupun aku tak yakin dengan apa yang ada di depan,
tapi aku yakin jika ia tidak berhasil sekurang nya aku telah mencuba.
mencuba untuk menggunakan sisa-sisa peluang.
aku kutip ia satu persatu.


sekian.

my talk:) aku tewas lagi malam ni.. :'(


Thanks for reading :)

No comments: