Jodoh?

Assalammualaikum.

Happy Birthday kawan!
Semoga diberi kesihatan yang baik, kejayaan yang cemerlang dan semoga cepat dapat jodoh..

ok..typical sangat ucapan birthday dekat atas ni kan?
suka aku nak highlight kan bab 'semoga cepat dapat jodoh.'

lambat atau cepat itu bukan dalam tangan kita.
kalau Allah dah tetapkan pada umur itu kita dah sampai jodoh, maka akan bernikah lah kita.
jika tidak, mungkin ada seperkara yang Allah nak tunjukkan pada kita.


aku tak suka kalau orang cakap or komen pasal jodoh lambat ni.
yes..aku duduk dalam komuniti yang sangat rapat.
jiran tetangga saling bertegur sapa.
dah macam keluarga.
tapi bila dah rapat sangat semua benda nak ambil tahu.
sampai la bab jodoh ni.


secara jujur nya aku kurang berkenan bila mak cik-mak cik dekat situ mula mempertikaikan soal jodoh anak orang lain.
tak ada istilah tidak laku.
tak ada istilah orang tak ada hati.
siapa kita nak hukum seseorang macam itu?
adakah kita tuhan?


Allah dah tetapkan sejak kita dalam rahim ibu.
Jodoh, rezeki dan ajal maut.


sentiasa bersangka baik terhadap percaturan yang telah Allah tetapkan untuk kita.
mungkin saja kita lambat bernikah disebabkan komitmen kita pada kedua orang tua kita..
tanggunggjawab seorang anak pada kedua orang tua lagi penting.


bayangkan sekiranya kita dah bekeluarga, mungkin saja kita mengabaikan kedua orang tua.
tugas dah beralih pula pada keluarga yang sedang dibina.
aku tak mahir dalam bab ini.
cuma aku nak ubah sikit pemikiran orang sekarang yang terlalu cepat menghukum segala perancangan Allah untuk hambaNya.


sejak dari awal lagi aku dah bawa bincang benda ni dengan ibu.
aku tak nak ibu termasuk sekali dalam golongan individu sebegitu.
alhamdulillah..ibu dan ayah berfikiran terbuka.
kata ibu, Allah dah lakarkan peracangan yang terbaik untuk kita semua. setiap perancangan yang Allah rancangankan untuk kita semuanya terlalu indah. jadi untuk apa kita nak mengeluh dan mempertikaikan urusan Allah?


ada sebab mengapa Allah lakarkan kisah hidup individu itu sebegitu.
tak perlu kita mempertikai segala urusan Allah.
tak perlu kita menuding jari mahupun cakap belakang akan segala kekurangan yang ada pada seseorang individu itu.
ya..mungkin kita nampak kita hebat.
kita lihat diri kita sempurna.
tiada cacat cela.

jangan pernah kita lupa.
kita jadi hebat kerana Allah dah selindungkan aib kita.
cuba kalau Allah buka segala aib kita..?
adakah kita masih nak berdiri dengan megah?
renungkan lah.

buang segala fikiran kolot yang menjana akal cetek kita.
bersangka baik sesama kita.
mungkin kita boleh mendoakan yang terbaik untuk orang lain.
doa seorang islam untuk saudara islam yang lain adalah lebih afdal.
insyaALLAH dimakbulkan.


jom reset balik minda kita.
buang segala anggapan negatif.
cuba ubah diri kita kepada seseorang yang membawa aura positif dalam masyarakat.

aku harap lepas ni aku tak jumpa lagi masyarakat yang mempertikai jodoh orang lain.
isu itu terlalu sensitif.
kalau tak mampu mengubah jangan pula merosakkan.
kalau kita tak mampu nak tolong seseorang itu untuk bertemu jodoh,jangan pula kita sakitkan hati dia.
siapa saja yang tak mahu bernikah dan mendirikan rumah tangga?
suruhan Allah lagi diwajibkan..inikan pula sunnah Rasulullah lagi dituntut.


sekian.


my talk:) aku pernah berada dalam situasi di mana aku duduk makan satu meja dengan segolongan mak cik-mak cik.. waktu itu di kenduri kahwin. pengantin berarak masuk ke dalam dewan waktu itu.. tiba-tiba seorang mak cik buka soalan tanya tentang jodoh kakak kepada pengantin tersebut. kemain beria mereka bergosip. aku tak suka akan situasi itu..aku terus angkat kaki..itu lebih baik mungkin?.. aku percaya Allah dah tetapkan yang terbaik untuk semua hambaNya.






Thanks for reading :)

No comments: