Salam Jumaat

Assalammualaikum.

Bismilillahhirahmannirrahim..

Ya Allah.
berikan aku sepasang mata yang mampu melihat kebaikan orang lain,
sekeping hati yang mampu memaafkan kesalahan,
minda yang mampu melupakan kepahitan,
dan jiwa yang tak pernah rapuh imannya..

Ya Allah..
Terimalah amalan-amalan kami.
perkenankanlah doa-doa kami.
bukakanlah pintu kebaikan untuk kami seperti mana engkau berikan kepada para Anbiya dan hamba-hamba Mu yang soleh..

Ya Allah..
Kau izinkan kami bernafas lagi di bumi-Mu.
Syukur dan puji kami hanya untuk Mu
Bantu kami mengharungi cabaran Mu hari ini
Jangan biarkan kami leka dengan kegembiraan dan kebahagian yang engkau berikan.
Dan jangan biarkan kami hanyut dengan kekecewaan dan kesedihan yang telah engkau takdirkan.

Ya Allah
Jadikanlah aku orang sabar dan selalu bersyukur kepada-Mu
dan tetap berusaha melakukan yang terbaik,
serta kau lindungilah orang-orang yang aku sayang
dan kau berkatilah mereka kerana aku sayang kan mereka.

Amin.




Thanks for reading :)

No comments: