Shadow

Malam tadi mimpi dia lagi..
sedih..tak mampu nak terjemahkan bagaimana.
Terima kasih ya Allah.
sekurangnya mimpi sebagai pengganti..


aku bangkit dari tempat tidur..
aku membuka langkah ke bilik air..
kepala paip aku pusingkan... sejuk..
terasa  percikan air seolah olah menggigit sendi kaki..


aku bentangkan hamparan tikar yang sentiasa menemani pagi aku..
tenang..
itu yang mampu aku ungkapkan..


bagaikan satu aliran yang aneh mengalir dari hati, pipiku basah dengan sendiri.
ingatan aku cuma satu pada ketika itu..
kak .....


aku cuba untuk mengawal sendu yang semakin aku rasakan memuncak..
bimbang sekiranya ia bakal mengejutkan teman sebilik ku yang sedang tidur..
ku luahkan segala yang tersimpan ..
bait bait doa membuat kan lagi air jernih mengalir deras..
penglihatan ku berkaca dalam samar cahaya..






Thanks for reading :)

No comments: