Huru-hara

Assalammualaikum.

hari ni jadual kelas aku kosong~
sebab kami dah habis belajar semua chapter..
pergh2!
kencang~

alhamdulillah..at least aku boleh rehat selepas apa yang terjadi semalam..
semalam hari paling sibuk .
aku terkejar kejar nak ke kelas and siapkan proposal untuk subjek ENT..

malam pula aku ada test!
semalam kelas aku habis pukul 1.
lepas kelas aku terus ke anjung untuk siapkan proposal tu.
En Hafiz minta hantar proposal tu sebelum pukul 5!
memang huru hara la jawabnya.
bukan group aku je yang nak submit semalam.
tapi ada lagi 6 group!
untung kakak-kakak yang buka kedai print dekat atas anjung tu..
sekali satu team print dekat RM100..
perghh..masyuk sioot!


lepas settle proposal aku lari balik bilik untuk mandi and terus sambung revise subjek kimia.
test kimia aku start pukul 8;30 malam.
semalam aku seharian aku tak makan.
tak sempat nak sentuh apa2 untuk jamah.
aku tak kesah dah pasal makan.janji kerja aku siap and aku dapat cover untuk test.
itu lagi penting.


balik dari test pukul 10 malam  aku dah mula rasa penat yang teramat.
kepala dah mula tin-tong sebab malam sebelum tu aku dapat tidur 2 jam disebabkan nak siapakn proposal itu.
kerja aku memang dah settle lama.
tapi disebabkan kena tukar balik plan perniagaan dari awal, so aku kena rombak semua marketing plan aku dari awal hingga akhir.
otak dipaksa kerja dalam keadaan yang tak cukup rehat dengan kelajuaan yang maksima.


bila dah tak cukup tidur ditambah pula dengan huru hara, semalam ada juga beberapa orang kenalan yang tegur keaadaan aku.
maaf guys..
maybe korang ada tegur tapi aku tak sempat nak angkat tangan..
focus aku cuma nak siapkan kerja and nak submit sebelum En.Hafiz balik.
ada yang minta aku rehat lepas aku balik dari kelas tengahari tu..minta aku makan dulu..
tapi aku selagi kerja tak siap aku tak rasa nak makan.


balik dari test dalam pukul 10 aku terus melepet atas katil..
roomate ajak tengok movie tapi aku tak larat dah.
aku pun tak sedar bila aku mula terlelap..
kad matrik pon elok lagi tergantung .
tak sempat nak tukar baju tidur, aku tertidur sekali dengan seluar jeans!
haha.


si epul kawan aku tak habis-habis suruh aku senyum sikit..
tak faham agaknya yang aku tengah busy.
sampai tak ada masa nak senyum ..


sekian.

my talk:) nanti kalau nak kerja aku tak nak kerja yang melibatkan segala yang berkaitan dengan office..tak suka nak menghadap lappy lama-lama..tak suka nak menaip segala surat dan proposal. aku suka kerja dalam hospital.busy dengan pesakit. bermain dengan macam-macam jenis ubat. eishh..senang cerita aku suka suasana dalam hospital.


Thanks for reading :)

No comments: