aishh..apa la salah aku..?
bukan aku minta untuk lahir pada hari itu..
bila aku kata aku lahir pada hari aprilfool mesti kawan2 aku akan cakap cenggini,,
"patut la perangai kau macam ni myra..! loyar burok kuat."
laa ni dah seminggu aku tumpangkan kawan baik aku si ain nadia @ mek untuk stay dekat bilik aku.
kesian dekat dia nak kena ulang alik dari kolej ke rumah sewa untuk bincang projek bio dan ENT.
dah dekat seminggu lebih dia dekat sini..
and sepanjang malam mesti dia rasa sakit perut..
dia cakap sebab perangai aku..
puas juga aku fikir apa signifikan nya perangai aku dengan punca dia sakit perut??
"baik kau diam myra..aku tak tahan nak gelak lagi..apa yang keluar dari mulut kau semua nye punca je"
"nad, macam mana la kau boleh tahan duduk 3 sem dengan dia? aku duduk seminggu lebih ni pon rasa nak naik sewel dengan perangai sewel minah ni.."
ok..tu benda yang selalu mek cakap..
apa salah aku??
ahaha..
aku memang dilahirkan cenggini..
bukan aku minta untuk jadi bahan lawak atau pun pak lawak!
"aku harap aku mengandung nanti anak aku tak macam kau myra..sewel je memanjang..aishh..macam mana la mak kau bela kau?."
perghh!..tarak guna punya member..
ibu aku steady je besarkan aku.
ibu dah masak dah dengan perangai aku.
ok,..
ni luahan jauh dari lubuk hati aku yang paling dalam..*pergh!! jiwang siott!
jangan salah kan tarikh kelahiran aku.
kebetulan aku nak lahir pada hari Aprilfool.
and jangan percaya sangat dengan apa orang kata pasal individu aprilfool ni.
dah kebetulan perangai aku sama..
nak buat macam mana?
kakak-kakak sepupu aku pun dah sedia maklum dengan perangai mereng/sewel/gila/masuk air/fius rosak aku ni..
*ahh...dah macam-macam dah aku kena label.
tapi aku rilep je..
apa-apa pun,terima kasih sahabat kerana menghargai kehadiran aku. aku bersyukur ada sahabat macam korang. yes..aku kuat loyar burok..tapi ada masa nya aku serius. yes gila aku tak ada siapa boleh tahan..itu memang diri aku. yes..aku kalau dah sewel aku jadi someone yang agak clumsy.. itu the other side of aku..
terima lah aku seadanya.. aku hargai sesiapa yang datang sekalipun. aku hulurkan tanda persahabatan. kalau aku salah, tegur..last but not least.. cuba bagi ruang untuk kenal siapa aku.. nescaya korang akan kenal siapa diri aku sebenarnya.
sekian
my talk:) golongan kedua selepas kakak sepupu aku yang selalu kata aku sewel,mereng..haha..
No comments:
Post a Comment