He's my man!

Assalammualaikum..

baru sekarang aku ada kesempatan sikit untuk aku berkongsi cerita dengan uolls!

minggu lepas 14 FEBRUARY 2014 .. tarikh yang aku tak akan lupa..
my special day for my special man in my life.
setiap tahun aku dah masuk kan tarikh itu dalam takwim hidup aku.
kalau aku lupa, aku akan rasa bersalah sangat..


anyway,
HAPPY BELATED BIRTHDAY AYAH!!
aku tetap akan ucapkan ucapan ni even sekarang dah 22 FEBRUARY..
dulik la..
ayah is so special for me..

petang jumaat aku dah gerak balik..
perasaan teruja sangat masa itu nak sambut hari ulangtahun ayah.
dan yang paling best ayah langsung tak tahu yang aku nak balik.
aku berkomplot dengan ibu dan adik..minta rahsiakan hal itu.
malam dalam pukul 8:30 malam aku sampai di rumah..

"assalammualaikum..Ayah! HAPPY BIRTHDAY!! "
aku nampak wajah terkejut ayah saat dia sambut aku di depan pintu..
"eh? kakak balik? tak bagi tahu ayah pun nak balik? "
"my pleasure to make a surprise just for you :) "
alhamdulillah..Allah beri aku kesempatan untuk aku balik sambut hari bermakna buat ayah..
"patut la instinct ayah macam rasa kakak nak balik je.."
aku cium pipi ayah.. :)


kata adik, tengahari tu ayah dah mula merajuk..sebab aku tak wish birthday pun.
sengaja aku tak nak wish dalam telefon..
sebab aku nak balik nak wish depan ayah.. *if possible aku nak hug and kiss :)
mula-mula muncung juga ayah aku..haha..
bila dah pujuk,ok dah dia..hihihi
nampak kegembiraan yang terpancar pada wajah ayah.
senyum memanjang! :)



aku bersyukur punya ayah yang sentiasa memahami..
sentiasa berikan keperluan yang cukup untuk keluarga..
dan yang paling penting, ayah ajar kan aku makna sebuah KASIH SAYANG..
ayah tak pernah berkeras dengan aku adik beradik.
kalau kami ada silap,ayah akan tegur dengan lembut.


ayah cukup sempurna bagi aku.
dia tempat aku berkongsi cerita..
ayah sebolehnya nak berikan apa keinginan aku adik beradik.
yes..aku nampak usaha ayah.

teringat sepotong ayat ayah masa aku lepak petang-petang dengan ayah..
"dua orang puteri ayah adalah harta dunia akhirat ayah.. ayah nak berikan yang terbaik. "
*ahhh,..sebak pula tiba-tiba.


tak ada sesiapa yang boleh ganti tempat ayah..
aku bersyukur..Allah anugerahkan aku seorang lelaki yang terindah dalam hidup aku..
biarlah aku dicop anak ayah sekalipun..sememangnya tempat aku di sisi ayah..
selagi aku belum berumahtangga, ayah berhak ke atas aku.


teringat apa yang maksu pernah cerita dulu dekat aku..
"dulu masa kecik myra selalu berkepit dengan ayah.. asal ayah nak keluar je mesti nak ikut. tak boleh nak berenggang langsung dengan ayah. ayah nak pergi kedai beli nestum adik pun myra nak ikut.."


aku teringat satu pengorbanan ayah yang paling meninggalkan kesan dalam hidup aku..
ayah berhenti kerja semata mata nak fokuskan untuk peperiksaan aku dan adik..
kebetulan pada tahun yang sama adik bakal duduki UPSR manakala aku pula bakal duduki PMR..
untuk sepanjang 10 bulan ayah sanggup berhenti kerja and jalankan perniagaan keluarga.
kalau nak diikutkan, kami tak mewah pada waktu..
alhamdulillah.. rezeki masih ada.
kata ayah: "biarlah ayah tumpu pada anak-anak ayah..ayah nak anak-anak ayah berjaya."

satu harapan yang besar buat aku dan adik pada masa itu..
tak dinafikan..ayah berusaha untuk luangkan masa untuk aku dan adik.
pergi dan balik sekolah dijemput..
ayah tak nak aku dan adik penat..katanya kalau penat,nanti letih nak ulangkaji.
balik sekolah ayah akan jemput and ayah akan hantar semula ke pusat tuisyen..
begitu lah rutin seharian aku sepanjang tahun peperiksaan.


Alhamdulillah..berkat doa ayah dan ibu, aku dan adik berjaya capai 5A & 8A dalam peperiksaan masing-masing..
SubhanAllah..aku dapat lihat wajah gembira ayah..
ayah sedih tatkala dia pegang slip result kami..

"ayah akan frame kan result ni.." ringkas saja ayat ayah..bagi aku itu mungkin terlalu bermakna buat ayah..

ayah terbaik untuk aku sekeluarga..
pengorbanan ayah pada arwah atok dan nenek sangat tinggi.
maaf aku tak dapat nak kongsikan kisah itu disini..terlalu privacy..
tapi cukuplah aku katakan ayah seorang anak yang taat pada atok dan nenek..
biarpun waktu susah, ayah tak pernah lupakan tanggungjawab dia sebagai seorang anak..
even sekarang, ayah berbakti pada kakaknya pula.. (mak lang aku..)
biarpun kami tak mewah, ayah gigih mencari rezeki lebih untuk menampung aku sekeluarga dan mak lang yang sakit..
SubhanAllah..
Moga Allah permudahkan segala urusan ayah..


Lastly, khas untuk ayah..


Maafkan segala salah dan silap kakak selama kakak menjadi anak ayah..
kakak beruntung punya ayah yang sangat penyayang..
sentiasa ada saat jatuh dan bangun kakak..
kakak masih ingat lagi moment2 ayah bersusah payah untuk kakak.
ayah tak pernah jemu nak beri tunjuk ajar dan nasihat.
terima kasih di atas perhatian dan kasih sayang ayah.
keperluan kakak serba cukup ayah sediakan.
tanpa ada satu kekurangan pun.
InsyaAllah kakak akan sentiasa dengan ayah sampai akhir hayat kakak.
tiada lelaki lain yang dapat gantikan tempat ayah walaupun dia bakal suami kakak.
kakak berdoa supaya punya bakal suami seperti ayah.
yang sentiasa mementingkan keluarga dan tak pernah lekang dengan kasih sayang.

Ayah ajarkan kakak makna sebuah KASIH SAYANG..
kasih sayang tak boleh dibeli dengan duit..
tak juga pada barang berjenama..
dan bukan pada hanya sebuah panggilan telefon mahupun pesanan ringkas..
kasih sayang yang ayah tunjukkan adalah masa yang diluangkan bersama keluarga tanpa jadikan kerja sebagai alasan..
kasih sayang yang ayah tunjukkan membuktikan duit tak boleh jadi pengganti diri..
kasih sayang yang ayah tunjukkan menjelaskan bahawa keluarga adalah segala galanya..

insyaAllah..kakak akan pegang itu ..
terima kasih kerana menjadi ROLE Model yang terbaik..
terima kasih kerana menjadi ayah yang sempurna.
yang sentiasa bersama keluarga.


Happy Belated Birthday Ayah..
i'll always love you ..
i miss you every single day.
*terima kasih sebab call setiap hari tanya khabar kakak dekat sini.. terubat juga rindu.


sekian

my talk:) no doubt. i love you ayah. biar apa pun orang nak cakap..kakak tetap anak ayah dan ayah tahu apa yang terbaik untuk kakak.. be my Wali soon..insyaAllah.. :)
Thanks for reading :)

No comments: