#Pengalaman

Assalammualaikum..

alhamdulillah..selesai presentation aku semalam..
ini pertama kali aku involve dalam subjek berkaitan bussiness.
aku selaku Marketing Manager untk product yang bakal team aku jual nanti.

En Hafiz lecturer ENT minta wakil dari setiap team masing2 untuk buat free style presentation dekat depan kelas.

memandangkan aku ni Marketing Manager,so aku rasa aku yang perlu ke depan kalau nak dibandingkan dengan ahli aku yang lain.
alhamdulilah..semua nya berjalan dengan lancar.
memang aku kena "shoot" dengan En Hafiz tadi.
but berkat pengalaman aku bekerja sebelum ni, aku dapat sambut soalan dia dengan jawapan yang relevan.

aku beruntung sebenarnya sebab aku punya pengalaman yang boleh aku guna kan..
kalau sebelum ini aku pernah bekerja dia SECRET RECIPE dibahagian Cake Counter.
major aku memang dengan cakes and pastries..
tapi aku tak terhadkan kebolehan aku di situ..
aku banyak dapat ilmu sampingan dari manager aku sendiri , Mummy Nita.


aku tak ada masalah bekerja dengan Mummy..
aku suka cara dia bekerja.
mummy banyak buka peluang untuk aku belajar macam-macam dulu..
setiap kali nak closing, mummy akan minta tolong aku lengkapkan buku finance untuk bussiness hari tu..
mula2 tu menganga juga aku nak faham..
tapi lama kelamaan aku jadi mahir.


aku banyak tanya pasal production outlet aku dekat mummy.
bagi aku itu salah satu proses pembelajaran..
mummy pernah hantar aku untuk jumpa manager kawasan..
semua staff sedia maklum dengan perangai boosy dia..
dari outlet aku kena hantar dokumen urgent tu ke Great Eastern Mall..
naik bas..
bayangkan lah..aku ni staff biasa je..
kuli je kot..
nak kena jumpa boss kawasana untuk hantar dokumen..
lahaiii..terasa kecik sangat..
haha.


alhamdulillah..tugasan luar tu berjaya aku laksanakan and boss kawasan tu treat aku dengan baik tak seperti apa yang staff lain cakap kan..haha
*sempoi je naik bus rapid time tu.. haha


tak habis dengan tu aku akan selalu kena bank in duit perniagaan dalam akaun syarikat.
bukan sikit beb..
jumlah yang aku bawa dalam poket senang cerita boleh bawa risiko dekat diri and nyawa aku.
aku pernah bank in duit dalam jumlah RM 10K!!!
tu average sebenarnya..
kalau ada perayaan tertentu jumlah tu akan lebih lagi..
poket kiri dan kanan seluar slack aku selalu penuh dan pernah capai RM 25K!!
*pernah sekali cecah RM50K
aku tak tipu!!
kalau staff lain busy aku akan pergi seorang untuk bank in duit tu..
staff bank pun dah kenal muka aku.
"eh,adik secret recipe..!"

kalau kena bank in duit malam sebelum tutup kedai biasa nya aku akan ada dua orang body guard yang tak berapa nak sasa dan kurus jee~~
hahaha..
musykil juga.macam mana la dorang nak protect aku nanti??
tu kalau malam laa...


kalau siang biasa nya aku sendiri akan gerak ke bank..
jalan kaki oii..
aku kena berlagak macam tak ada apa2 jadi..
risau juga..
kawasan aku tu pun boleh tahan kadar jenayah dia.
kalau hampir setiap hari aku yang pergi bank in, orang awam boleh cam kott.
sebab tu kadang2 mummy akan gantikan tempat aku dengan staff yang lain..
tapi mostly dengan supervisor la..


jarak antara outlet aku dengan bank lebih kurang dengan kolej aku ke admin..
#ehh?? alaa..korang bukan tahu pun..:p


ok..itu pasal pengalaman kerja..
aishh..jauh dah menyimpang..
kesimpulannya, rebut seberapa banyak peluang yang boleh kita dapat..cipta seberapa banyak pengalaman dan cetus kreativiti kita setinggi mana kita mahu berdiri..ada orang nak jadi PM.. jadi cari peluang untuk kita jadi pemimpin .. cipta seberapa banyak pengalaman and berfikir secara kreatif..


****sekarang ada fenomena pemimpin suggest rakyat makan kangkung..hopefully akan datang tak ada pemimpin yang suggest rakyat makan taugeh!  #ehh??

sekian..


my talk:)




Thanks for reading :)

No comments: