Tips Presentation

Assalammualaikum & Salam Maulidur Rasul ke atas junjungan mulia kita Nabi Muhammad S.A.W

aku nak share tips sikit berkaitan dengan PRESENTATION..

aku yakin ramai yang fobia dengan benda ni..
tak dinafikan ada yang gugup and shaking masa nak present.
aku punya pengalaman..
dulu aku takut sangat nak bercakap depan kelas.
*depan kelas je kot..depan kawan-kawan..
tapi dia punya gemuruh macam nak gugur jantung ..
berpeluh tu jangan cerita la.
menggigil lagi..
sampai rasa nak pitam!

#1
Buat Persediaan awal.

misalnya korang diberi tajuk untuk dibentangkan, cari seberapa banyak maklumat tentang tajuk yang bakal korang bentangkan..
jangan cari ala kadar je..
susah korang nanti..
tujuannya, bila kita dah ada maklumat yang lengkap, confidence level kita akan tinggi sebab kita dah ada bahan atau input yang kita nak sampaikan

sebelum nak berdepan dengan pelbagai soalan dari audience,kita terlebih dahulu kena cipta persoalan dari topik yang bakal kita present kelak.
*ini cara aku la..bohongla kalau kita dari awal dah sedia faham dengan topik yang bakal kita bawa..aku sendiri akan bermain dengan persoalan..aku akan mulakan dengan soalan supaya aku faham sesebuah topik itu..bila dah cipta soalan,then kita akan cari jawapan.. dari situ kita dah bersedia untuk sebarang kemungkinan soalan yang bakal diajukan dan dapat mempertingkatkan keyakinan diri kita.

** elakkan dari membuat presentation yang mengelirukan..permudahkan cara penyampaian..kita kena kreatif !! guna kan faktor sekeliling kita.. jangan bgai input yang 'ciput' dan meleret leret..!  just simple but nice..mudah orang faham dan kita dapat elakkan diri kita dari diajukan dengan soalan..

#2

Yakin Dengan Diri..

kita kena yakin dengan apa yang kita nak buat.. keyakinan itu penting untuk pacu diri kita kehadapan.

situasi: ada orang tak yakin nak present depan orang ramai sebab dia takut akan sebarang kesalahan yang bakal dia lakukan..
 -come on beb! people make mistakes..dari setiap kesalahan kita akan belajar untuk perbaiki supaya ia jadi lebih baik. jangan takut untuk buat silap. biar kan benda itu berlaku.. in case kesalahan itu berlaku secara spontan,jangan terus down and rosakkan baki presentation kita..
calm down..and berfikir secara kreatif.. tunjang dia cuma satu..TENANG..! setiap apa yang kita buat,kita kena tenang..jangan buat dalam keadaan gopoh..! ingat.. kelam kabut picu kepincangan..

orang tak tahu apa yang kita nak bentangkan.. mereka umpama pendrive kosong yang bakal 'menyedut' segala maklumat kita..sekiranya ada kesalahan, hadapi dengan tenang.
perbetulkan balik dengan cara yang kreatif..


suka aku nak highlight dekat sini, ***perkemasakan penampilan kita..

mohon jangan jatuhkan keyakinan diri kita melalui cara pemakaian kita.
kalau kita sendiri tak yakin dengan diri kita,macam mana kita nak yakinkan orang lain dengan apa yang kita cuba nak sampaikan???.

pakaian mesti kemas..ikut kesesuaian.
kalau selekeh,agak-agak orang 'selera' tak nak tengok engkorang buat presentation???


aku secara personally akan berdiri depan cermin untuk aku scan diri aku sebelum aku keluar.. macam mana kita tengok diri kita masa itu, macam itu juga la orang akan lihat penampilan kita..so kalau penampilan kita kemas level of confidence kita akan naik..trust me.


#3 Build up Positive spirit!!

"AKU MAMPU LAKUKAN!"

setiap dalam diri seseorang akan ada dua perkara.. kekuatan dan kelemahan.
pegang benda ni..
*develop your weakness to be your strength and enhance you strength to the top!

kekuatan bukan selamanya kekal dan kelemahan bukan selamanya menjatuhkan kita.

kita tahu yang kelemahan kita tak mampu berdepan di khalayak ramai..tapi sampai bila??
CABAR diri sendiri untuk keluar dari gelung kelemahan kita.
kita mungkin sahaja pandai dari segi akademik..tapi kita punya soft skill tak develop walau seinci pun..

buat secara berperingkat..setengah orang dia perlukan masa untuk ini.
jangan compare diri kita dengan orang yang hebat-hebat..
elakkan berfikiran negatif .. tolong reset balik minda kita.. buang segala 'momokan' yang boleh menjatuhkan semangat kita..

"aku takut nak present sebab aku tak ada pengalaman"
"aku takut nak present sebab aku takut orang lain tak faham"
"aku takut nak present sebab aku tak yakin"
"aku takut nak present sebab aku fobia"..

bla..bla..bla..bla..

cuba tengok balik alasan dekat atas ni..
kenapa kita tak mampu??
sebab kita sentiasa "takut!"
tak berani nak mencuba..takut akan perubahan dan cabaran.
kalau macam tu, silakan cipta segala macam alasan dan lupa kan segala impian ..


ok cukup setakat ini.
kalau ada masa terluang aku akan update lagi..

sekian..

my talk:) cabaran bukan untuk menyusahkan kita..







Thanks for reading :)

No comments: