Dugaan

Assalammualaikum..

hari ni penat sangat..dugaan..
Alhamdulillah..dalam huru hara siang tadi,experiment aku berjaya disiapkan.


kisahnya bila ada budak BIO300 yang buat projek petang semalam then tinggalkan lab dalam keadaan huru hara..
dengan segala apparatus dan chemical tak bersusun..
bersepah sana sini..
dengan sayur yang berterabur lagi..~


aku pun tak tahu lah~~
sabar jee..
aku ni macam pak pandir sikit pagi tadi..
menonong pergi lab langsung tak perasan notis yang lab assisstant tampal dekat pintu yang tak benarkan sesiapa pun pelajar untuk masuk ke lab biology 1..
tak lama lepas tu lab assisstant datang terus kunci pintu ..


agak terkejut juga aku..kawan2 lain ada juga masa tu..
for me, kalau nak marah pun no need express by the door.
aku kurang setuju dengan cara tu.
yes semua orang berhak untuk marah..
berhak untuk rasa marah..
but kadang2 kita kena kawal perasaan marah tu..


kami yang datang pagi tadi bukan budak2 yang buat masalah dekat lab petang semalam..
seolah olah tak tahu apa2 then kena marah tanpa sebab.
at first,aku macam, what the heckkk??
apa salah aku??.
lab assisstant semua tarik muka..
nasib aku kenal salah seorang lab assisstant
aku tanya si Azrin..apa salah kami?


yes..!
time tu juga la telinga aku kena tadah tanpa rela segala bebelan dan rungutan mereka.
uishh..aku ni jenis cepat panas sebenarnya..
telinga kita ni memang jenis cepat panas..
tak salah apa2 tiba2 kena tadah semua ni..


ok..simple la..
kalau bukan salah kita,kenapa kita perlu rela dengar semua tu??
betul kan??.


lepas beberapa kali bincang baik2 dengan Azrin akhirnya ketua lab assisstant yang incharge datang balik jumpa kami ..
ok..kali kedua aku kena tadah lagi..
aku biarkan je..
ada betul apa yang beliau cakap.
beliau pun mengaku yang ni bukan salah kami..
salah sesetengah pihak yang tak bertanggungjawab.
so beliau minta aku decide sama ada nak volunteer kemaskan lab or nak terus kunci lab untuk satu hari ni..


lepas bincang dengan kawan2 kelas yang lain, aku kena masuk jumpa balik beliau..
nak tak nak aku kena ambil tanggungjawab ni..
"awak yakin nak kemas kan?? awak yakin kawan2 awak semua rela? kalau tak bersih awak yang saya cari nanti.."

lepas dah kena warn kita orang terus kemas kan lab..
serius bersepah..
aku tak nafikan..
even kalau aku dekat tempat pembantu makmal tu,aku pun hangin juga ..
lepas guna segala radas langsung tak reti simpan..

ada hikmah benda ni jadi..
at least aku belajar benda baru..
so lepas ni in degree insyaAllah mudah lagi kerja aku..
sebab dek kerana denda tadi aku tahu segala ceruk lab..
aku tahu semua tempat simpanan bahan kimia..
Alhamdulillah...


lepas dah habis kemas aku jumpa balik ketua pembantu makmal.
Alhamdulillah..beliau berpuas hati dengan hasil kerja kami..
*anyway thanks kawan yang bantu kemas tadi..kalau aku seorang memang tak larat kot.


aku minta maaf dekat beliau on behalf of students bio300..
even beliau kecewa but at least aku tak nak dia marah lama-lama.
beliau pun umpama 'guru'..
waktu lab banyak juga tunjuk ajar dari beliau..
so kalau seorang cikgu marah, berkat ilmu dia tak akan sampai pada kita.
itu yang aku pegang dari sekolah sampai sekarang..dan InsyaAllah sampai bila-bila.


nak dipendekkan cerita lab biology dapat digunakan semula.
pukul 2 tepat kita orang boleh masuk untuk teruskan pojek biology masing-masing..

sekian.


my talk:) penat sangat hari ni...balik kelas lewat pukul 6 lebih. anyway sorry geng.. kita tak dapat join makan dengan korang dekat Tasneem.. poket nipiiiisss sangat..next time ye..
Thanks for reading :)

No comments: