hai people!

Assalammualaikum.

wahh!
bahagia sangat bila dah ada dekat UiTM tercinta ni.

aku tak ada mood nak menaip panjang berjeler..
so kali ni aku tukar style menaip aku.

blog updates :

# pagi-pagi lagi aku dah kena diarrhea. serius aku tak suka kena diarrhea.. entah mana silap nya? mahu dekat berbelas kali aku keluar masuk toilet. sudahnya aku melepet dalam bilik.

# percaya atau tidak sampai sekarang, (4:09 petang) aku masih tak keluar ke anjung untuk cari makanan..
aku tak ada selera.. aku terbayang bayang masakan ibu. so aku decide stay dalam bilik and kunyah epal hijau..nyumm..nyumm..

# plan aku pagi tadi dengan kawan baik aku, Epul terbatal gara-gara diarrhea.. sudahnya kaki ni masih berdenyut sakit. mengharapkan agar malam ni tak berdenyut sakit macam malam tadi..

# sem baru ni aku kena amalkan makan epal yang aku sendiri mengaku aku kurang suka makan buah!!
tapi kalau buah Rambutan itu memang feveret.. wahh!! dapnye kalau dapat yang merah-merah tu.. sepanjang aku balik uitm semalam ada juga nampak pokok buah rambutan dalam rumah orang. perghH!! kalau itu rumah kampung aku,dah lama aku panjat. poor me..kampung pun tak ada!


# aku ada terbaca status someone yang nak kan satu dessert ni.. malam tadi puas juga aku google mana-mana blogger yang buat homemade benda tu. malangnya memang tak ada.!
dan aku frusssstt gila. ditambah pula dengan text salah hantar yang aku terima. ok.. aku itu memang nasib aku kan?. redha. pahit pun telan juga derr..


# semalam aku belajar satu perkara.. kalau nak bercinta pun, tak perlu sampai nak control partner bagai nak rak. lifeless sangat.. belum jadi suami isteri dah nak control sana sini.. eish..aku pang sat lagi apa pun tak dapat. come on dik. kalau tunang tu tak apa la juga..


# satu benda pasal aku.. aku tak suka orang ambil kesempatan pada aku. kalau dulu boleh lah aku ni digula-gula kan. entah apa salah aku, terus sentak macam tu..adil sangat derrr!  now sibuk tanya pasal aku. please..stop it. sya tak perlukan perhatian anda. aku tak sombong.. cuma aku dah tawar hati. mohon dapat hentikan semua ini.. hope roomate juga boleh simpan rahsia. sebab aku pantang kalau orang tak amanah. lagi-lagi bab menyimpan rahsia.


# lastly.. minggu MDS dah berlalu. happy for me..alhamdulillah.aku belajar banyak perkara. yang paling banyak sekali, aku belajar macam mana nak handle crowd and macam mana nak berdepan dengan orang yang dia rasa dia ada masalah dengan kita sedangkan itu baru first time aku jumpa and bekerja dengan dia.. *aku perasan je.. bak kata ibu..pedulikan lah apa dia nak rasa pada kita. niat aku cuma satu.nak belajar.. niat aku join MDS pon memang nak cari ilmu selain aku nak cari pengalaman. so,setakat kelompok cenggitu aku buat tengik je. alhamdulillah. kerja aku dipermudahkan.

sekian

my talk:) jatuh bangun aku, lebih mudah kalau aku sendiri. tak perlu bantuan dari luar. terlalu mengharap pada orang kelak aku juga yang sakit. so,aku selesa dengan cara aku. maaf segala kekhilafan diri.






Thanks for reading :)

No comments: