Mereka ibarat kain putih :)

Assalammualaikum..

Allah..dugaan.
semoga aku sehat esok.
dah rindu rasanya dekat budak2 tu.
rindu nak sampaikan ilmu Allah pada dorang.

SubhanAllah..
budak2 itu semua ibarat kain putih..
jika elok ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan pada mereka, indah juga hasil yang kita akan dapat.


untuk pertama kali aku jejak kan kaki di situ, aku kagum dengan apa yang aku lihat dengan mata aku sendiri.

seawal pagi ibu bapa hantar mereka..
mereka salam tangan ibu dan ayah,masuk dan terus berlari mencari setiap pendidik di situ untuk menghulurkan salam.

waktu perhimpunan setiap pagi pula,dorang akan menunaikan solat sunat.

jujur dari hati, aku sendiri tersentuh dengan rutin harian yang biasa mereka buat.
bagaikan sudah arif dengan amalan yang dah diajarkan, masing2 tahu apa yang perlu mereka lakukan.

yang lelaki sibuk melipat seluar masing2 takut basah semasa ambil wudhu nanti.
perempuan pula tertib mengambil wudhuk tanpa ada tolak menolak.

usai mengambil wudhu, masing2 kembali pada saf..

kali ni hati aku tersentuh lagi..

"rapatkan saf.."

anak2 itu mudah saja memperbetulkan barisan saf masing-masing.
tak ada langsung yang main-main..
seolah-olah dah bersedia menghadap sang Pencipta.


aku masih memerhatikan mereka tatkala mereka sedang berjemaah menunaikan solat sunat Dhuha..

Allahuakbar.
sesekali diri aku tertampar dek perbuatan mereka.

malunya aku pada mereka..
SubhanAllah..
sesungguhnya petunjuk Allah itu ada di mana-mana..

dengan bersemangat mereka membaca kan setiap kalam Allah ..
tertib cara mereka menunaikan solat.

ya..kalian anak penjamin ibubapa di akhirat kelak.

selesai solat mereka diminta untuk berselawat.
dan kali ni lidah mereka tidak berhenti membaca selawat..
bersemangat dan saling lantang memuji kebesaran Allah dan Rasul.

Di akhir perhimpunan, kebiasaannya ustaz akan meminta mereka membaca kan beberapa ayat lazim.
nah! sekali lagi aku rasa suasana tenang tatkala melihatkan mereka lancar menghafal beberapa ayat lazim.


An-Naas , Al-Kauthsar , Al-Kafirun, Al-Kursi ..

tiba-tiba muka aku jadi bahang dan aku malu pada mereka.
jika nak dibandingkan dengan mereka, aku lewat menghafal ayat-ayat tersebut.
mereka dapat pendedahan agama sejak umur 4 tahun manakala aku mula belajar mengaji sejak umur 6 tahun dan aku mula membaca Al-Quran di hujung umur aku 6 tahun.

tercuit rasa bangga aku pada mereka.
umur 4 tahun dah lancar mengahafal ayat-ayat Al-Quran..

jika dahulu aku, pada umur 7 tahun baru aku mula menghafal beberapa ayat Al-Quran..
Itu pun setelah aku masuk belajar di sekolah agama pada sesi pagi.

Alhamdulillah.
kalau dulu aku paling susah nak pergi sekolah agama.
ada je alasan yang aku cuba bagi ..
err..sakit perut la.. tak sehat la.. hari ni cuti la.. bla.bla..bla..
berkat usaha ibu ayah yang tak jemu-jemu memaksa aku, sekarang aku bersyukur.
terima kasih ibu, ayah.


sampai sini saje entri aku.
doakan aku cepat sehat ye.
InsyaAllah.. ada masa lagi aku akan update entri untuk sambungan entri ini.


sekian.

my talk:) suatu hari nanti akan aku berikan ilmu agama dengan cukup untuk bakal anak-anak aku. InsyaAllah akan aku berikan mereka pendedahan agama sejak awal lagi.. :)


Thanks for reading :)

No comments: