I Love You Teacher !

Assalammualaikum.

hari ketiga dah ni..
keadaan kesihatan aku masih macam ni.
pagi tadi dah wheezing teruk.
badan memang panas.
tapi aku cuba buat dunno je..
malas nak layan sakit..
bila sampai tadika, aku rasa hilang sekejap sakit aku.

mana tak nya, awal pagi lagi budak-budak tu kemain excited welcome aku.

"teacher!!!"
lantas itu aku kena peluk dengan dorang..

belum sempat aku nak simpan beg, seorang demi seorang terjah aku bak abang NAS RAMBUT KETAQ @ MELODI..

"semalam kenapa teacher tak datang?. teacher pergi mana?".

wahhH!! tersentuh kejap!
ada insan yang masih concern dekat aku..:p
 hahaha.


belum sempat aku jawab soalan dorang, pipi aku pulak dorang dah cium bertalu-talu..
weeyyy! apa korang buat sebenarnya ni??
malu la cenggini..
nasib aku pakai foundation 3 lapis.. kalau tak,belum sampai petang, muka aku dah pucat macam mayat hidup! haha


begitu la cerita aku..

ye..aku sedar.
dalam hidup ni kita kena berani cuba apa saja peluang yang ada depan mata..
sebelum ini ibu nak sangat aku jadi cikgu.
lepas je aku SPM , kemain dia suruh aku apply cikgu.
tapi dek kerana minat aku dalam bidang lain, ibu terpaksa mengalah.
lagi pun aku sendiri tak suka mengajar.
tahu je la.. aku ni tak penyabar orang nya..
mau ditelannya anak orang nanti.


kesimpulannya, aku dah berjaya tunaikan harapan ibu untuk tengok aku jadi cikgu.

"ibu.. kakak dah jadi cikgu sekarang ni.." :)

so far bagi aku kerja ni ok.
banyak bermain dengan physcology.
lebih-lebih lagi bila melibatkan budak-budak.
tahu je la ragam dorang.
tak pernah duduk diam!

aku pun pelik dari mana aku dapat AS-SOBIRUN itu?.
yes!! i love kids.. but kalau dah hyper, mau nye tangga aku yang naik nanti..
hahaha.
anak orang myra oiii..


berbalik pada cerita aku dekat tadika..
Alhamdulillah..
budak-budak mudah terima kedatangan aku.
dalam kelas kemain manja lagi dorang.
yang aku cam dan terlebih cam sekarang ni, student nama MUHAMMAD ZIQRI.
nama manja dia Yiyie..
setiap masa nak dengan aku.
even time makan pun nak aku duduk sebelah dia.
kalau aku layan student lain, kemain dia buat muncung sedepa.
jenuh juga la nak kena pujuk.
lahai yiyie sayang. awak buat teacher rindu dekat awak lepas ni..

"teacher ambil patung ni. teacher simpan tau. Yiyie bagi teacher.."

derr!! gua sentap bila dengar si Yiyie cakap macam tu.
luluh tembok besar china dalam hati kecil gua ni..
masakan tidak..kawan-kawan dia nak pegang patung itu pun dia marah..tak bagi.!

tak cukup dengan itu,
lepas bagi patung tu,flying kiss hinggap dekat muka gua ni..
weyy!! cayor teman dibuatnye! hahaha
yiyie..yiyie.. kenapa awak sweet sangat sayang?. haha


macam tu la Yiyie.
manja..

student lain aku awalnya tak berani nak dekat.
takut dorang nanti rasa pelik tetibe je tak kenal nak datang dekat pulak dengan dorang..
but aku ada style aku sendiri.hehe.
first day aku dah jual senyuman aku dekat dorang.hahah
kiranya macam pancing la.
tak perlu cakap pun.
dorang ni bila kita tunjuk kemesraan kita pada dorang, tak sampai 10 minit, lepas tu dorang sendiri datang dekat kita.
hehe..
mujarab juga cara aku.


ada student 4 tahun ni..
ADAM..
lembut je budak dia.
soft spoken and smart too!
aku suka dekat Adam ni sebab budak dia baik je.
first day aku try duduk sebelah dia..
kebetulan sebelah dia kosong.
dia pandang aku atas bawah atas bawah.
maybe dalam hati dia,
"cantek nye teacher baru ni.."
oh.. mungkin juga ,
"alamak! teacher lawa dekat sebelah aku..nerbes ni! nerbes! "
ahhh! persetankan apa yang hati kecil Adam nak cakap time tu.


aku mula jual senyum dekat dia.
muka dia relax je pandang aku.
then dia pandang bawah.
lepas tu dia pandang aku balik..haha.
aku senyum and buat peace..Y
kali ni lama dia pandang aku..
lepas tu aku mula blah dari situ..
aku yakin dia follow gerak geri aku.
aku toleh belakang,
sahh!!
memang dia tengah tengok aku..
aku lambai je la dekat dia.


habis sesi tadika pukul 12..
masa itu parents dah mula ambil anak-anak.
aku saja lalu dekat kelas Adam.
aku cuba cari dia.
dalam pada aku cari dia, tiba-tiba aku rasa baju aku macam kena tarik..
aku toleh bawah, sah! memang Adam.

"teacher.. boleh hantar Adam naik van?" lembut sangat suara dia masa tu..

gulp!!
terkesima kejap! haha.


akhirnya berjaya juga taktik aku tadi..hehe.
aku pun hantar dia naik van.


sweet sangat masa tu.
haha.
angau dengan budak-budak ke apa ni?


hah..aku nak cerita benda yang lagi buat aku gila bayang jap..
hehe


bila dah 2,3 hari dekat tadika tu aku mula serasi dengan budak-budak..
aku mula faham pe'el dorang.

yang paling best, aku siap dapat macam ni..

"teacher..teacher..  teacher Amin nak jadi boyfriend teacher.. teacher girlfriend Amin seorang.."

wahh!!
jujur tu yeop!!

hah! mau ternganga aku kejap JEMAH OII!!

aku tak tipu..aku sendiri terkejut si Amin boleh cakap macam tu.
ala..budak kan.
sekadar suka-suka.
but i loikee..
be a gentleman bila dah besar nanti ye AMIN..:)

ni teacher nak jawab apa yang Amin cakap tempoh hari..
"i love you too "
hehe.


ok lah..sampai sini je la entri aku.
lantak korang la nak cakap aku ni syok sendiri ke?
angau ke?
aku kesah apa?
haha.
ni blog aku..suka aku la nak cerita apa.

apa yang aku boleh cakap..
those children have made my day :)

sekian.


my talk:)  goodnight dear sweethearts teacher.. =)
Thanks for reading :)

No comments: