Ya Allah, jagakan kakak untuk aku..

Assalammualaikum..

alhamdulillah..selamat sampai di kampus..
hari ni genap 13 haribulan ogos..
lagi dua hari genap sebulan.

genap sebulan??
untuk apa?

genap sebulan akak ku outstation di utara
jujurnya sampai sekarang masih rasa dia ada dekat sini ni lagi.
bila  keluar sekitar kawasan kolej ni,rasa ternampak nampak kereta sport hitam dia..
kalau lalu sekitar pejabat hal ehwal pelajar, rasa ternampak bayang dia.

ok,terpulang la orang nak cakap apa.
tapi aku sendiri yang rasa macam tu.
aku tak tahu kenapa?.
memang aku rasa dia masih di sini.
masih ada dekat dengan aku.
tapi hakikatnya dia dah bawa diri nun jauh dekat utara sana.


kalau aku keluar ke anjung perpatih, aku macam ternampak nampak kelibat kereta sport dia parking dekat car park sebelah sri menanti 3.


aku tak boleh nak tipu lagi apa yang aku rasa.


akak, even akak dah transfer ke sana,
tapi kelibat akak masih dekat sini..
banyangan akak masih dekat sini..adik tak tipu.

masa bulan puasa,dua kali adik rasa adik nampak akak sekitar kampus ni.
first masa adik on the way nak balik dari kelas.
adik nampak akak dekat pusat islam..
adik try nak tengok dari dekat.
tapi bila adik tinjau balik, memang tak ada orang pun dekat kawasan pusat islam tu..


kali kedua adik nampak akak,masa hari adk nak balik cuti raya.
adik lepak dengan kawan dekat pondok dekat dataran ilmu.
dari situ ada ternampak ada kereta sport sebijik macam kereta akak.
sport rim dia pun sama macam sport rim kereta akak.
sebab apa adik cakap macam tu??.
sebab adik suka tengok sport rim kereta akak.
dan kebetulan orang yang dalam kereta tu gaya nya sebijik macam akak.
adik tunggu akak keluar..
bila "akak" dah keluar , rupa nya memang BUKAN akak..
tapi sumpah kak.. gaya orang tu sebijik macam akak.
cara dia pakai tudung pun sama macam akak.


kalau nak cerita yang lain, adik rasa tak dapat adik nak bundle kan dekat sini..
bila tiap kali teringat akak, sebijik sebijik moments yang adik pernah buat dengan akak,datang sekali ..
adik tak kuat.
adik cuba pujuk hati..
pujuk hati yang adik memang tak keseorangan dekat sini.
even akak jauh..tapi akak masih dengan adik.
adik masih simpan lagi gambar pasport akak..
akak ingat lagi kan?
so gambar tu memang adik simpan dekat tempat simpanan khas supaya adik senang bawa pergi mana2.
senang cerita, mana adik pergi, akak mesti ada sekali..


Alhamdulillah kak.
myra ada akak yang sentiasa support myra.
sentiasa bagi nasihat ke arah kebaikan.


mungkin apa yang dah jadi ni, ada hikmah disebaliknya.

cuma satu harapan myra.
satu je kak.


 ................................................................................................................................................................

biarlah harapan dan cita-cita myra tu, myra salurkan pada NYA..
itu lebih baik bukan?..

satu pesan myra, moga sayang akak pada myra,tak bertukar pada benci.

macam mana myra sayang akak, benda tu akan tetap sampai bila-bila ..
biar lah bertukar panggilan sekalipun, kakak myra tetap 1.
tetap akak.. dan tetap comel
akak nafikan macam mana sekalipun, pendirian myra tetap tak kan berubah.

sekian.

my talk :) akak jauh. tak tahu apa yang jadi dekat sana. doa adik setiap hari sentiasa untuk akak. semoga Allah pelihara dan lindungi akak dekat sana.. 


Thanks for reading :)

No comments: