gud luck sayang!

salam..

hari ni adik aku dah mula ambil PMR.
ya Allah,aku betul-betul risau..
baru sekarang aku rasa macam mane perasaan ibu dengan ayah waktu aku ambil exam dulu..
tapi aku yakin,dia boleh buat..
insyaallah.


persiapan yang dia buat selama ni pon konsisten.
harap,dia dapat jawab dengan tenang.
tak ada apa yang aku nak,melainkan nak tengok dia ulang kembali benda yang aku dapat dulu.
macam mane pon,family aku tak bagi tekanan sangat dekat dia.
kita orang tahu tahap dan kebolehan dia.
mane yang aku dapat bantu,aku cuba bantu dia.
aku nak dia tenang sepanjang seminggu ni.keperluan dia,semuanya kami penuhi untuk bagi keselesaan dia untuk duduki pmr nanti.


pagi tadi,sebelum dia pergi sekolah,dia salam tangan aku..
"kakak,adik nak ambik exam.doa kan adik ya."
beb! bergetar hati kecil aku bila dengar dia cakap macam tue..:')
kalau sebelum tu,aku ingat nak wish gud luck dekat dia,tapi bila dia dah cakap macam tue,kelu lidah aku.
entah kenapa pagi tadi hati aku sebak..
aku balas kata-kata dia dengan senyuman.
sebab aku tahu,kalau aku bukak mulut,secara automatik air empangan aku akan mengalir.
aku cium dahi dia..aku nak dia tahu yang aku ade untuk support dia.
aku hantar dia ke muka pintu dengan doa..ceria je tengok muka dia..walau pon aku tahu,dalam hati berkocak rasa debar..:)

hati ni tuhan je tahu..aku nak kan yang terbaik untuk dia sepanjang exam ni.

sekian..

my talk:) teringat time dia moody bulan lepas..aku tanya kenapa? then kata nya nak join seminar dekat universiti malaya anjuran NGO dengan kerjasama sekolah.aku suruh dia join seminar tue.but kata nya,tak cukup duit untuk bayar yuran seminar tu.dan dia pon tak berniat nak minta duit dari parents aku,katanya tak nak susah kan parents aku..aku topup duit dia supaya dapat dia join seminar pmr tue.dia senyum lebar lepas tue. :') tak kesah la dik.
janji adik dapat persiapkan diri untuk PMR.:) <3 gud luck sayang!! :)
Thanks for reading :)

No comments: