dibelakang aku ada mereka..:)

aishh..
ape-ape pon tak boleh..~

haha..aku suka ayat tue..sempoi gila..;)


setiap detik,aku hitung dengan kekuatan.aku harap,aku kuat untuk aku kejar impian aku.aku harap aku kuat untuk berjauhan dengan orang yang selama ni jadi tulang belakang dalam life aku.
persiapan demi persiapan aku atur hampir setiap hari..
tak percaya..singkat rupe nya masa ni.
seakan baru semalam aku masuk sekolah menengah..dengan pakaian yang serba baru.lengkap berlencana.
dan sekarang,masa aku untuk heret bagasi yang penuh dengan baju dan keperluan untuk aku teruskan tradisi sebagai seorang pelajar.
latar belakang yang bakal aku sarung pon akan berbeza..
kalau dulu aku berlatarbelakang kan pelajar sekolah menengah kebangsaan taman kosas,akan datang,aku bakal semat lencana sebuah menara ilmu yang menjadi taruhan penuntut bangsa melayu.
saban hari,aku kumpul seberapa banyak semangat dari orang sekeliling,untuk aku jadi kan bekalan hari esok.biar kali ini aku langkah dengan penuh keyakinan.moga tiada lagi peristiwa hitam yang berulang buat aku untuk kedua kali..cukup la.biar kali ni jadi penyambung untuk aku menyarung 'kot putih'.


kalau ditanya,adakah aku sudah bersedia?
mungkin jawapan aku belum 100%..
ape yang boleh aku bagi tahu,aku akan tebus balik ape yang dah terlepas dari tangan aku selama ini..
berat rase nye saat nak buat keputusan yang bakal taruh kan masa depan kita.
bak kata orang,mungkin rezeki aku bukan disitu.
ya,..aku agak terkilan..insyaallah.aku harap,tempat baru akan jadi titik permulaan aku.


sejauh mana pon aku pergi,ampang masih dihati..
tempat jatuh lagi dikenang..ni kan pula ampang yang penuh dengan sejarah hidup aku dari aku umur sehari,hingga lah kini..
ampang umpama kotak harta aku..tempat aku simpan segala milik aku.
disini,aku mula belajar merangkak,bertatih,berjalan seterusnya berlari.
disini juga,aku kenal erti sayang,kasih,sakit,dan sedih..
dan disini juga,aku simpan khazanah yang paling bernilai dalam hidup aku..:) keluarga aku..tiada banding dan tiada ganti.
ibu,ayah,dan dua orang adik aku,harta dunia yang bakal aku bawa hingga akhirat.
mereka inspirasi kejayaan aku..:)


sekian..

my talk:) insyaallah..dalam masa terdekat,myra akan khabar kan cerita gembira buat u all..! tunggu..:)
Thanks for reading :)

No comments: