Jijik

Assalammualaikum..

Kali ni aku share about sikap 'Melayu kita' yg bunuh kaum sendiri.
Serius kan bunyi dia?

Aku tak faham.
Tolong faham kan aku kenapa kita kena jatuh kan orang?
Please bagi tahu aku kenapa perlu physco orang yg lemah?
Kenapa perlu lagak pandai sedangkan kau pun zero?
Kenapa nak sanjung nama kau tinggi dekat orang lain sedangkan kau sebenarnya tak ada apa2 pun.


Allahu..

Aku tak faham apa penyakit orang melayu ni...

Kau fikir kau ada jawatan tetap, kerja di syarikat swasta, kau rasa kau cukup hebat?
Sarung lab coat putih ke Hulu ke hilir kau rasa orang akan pandang kau mulia?
Kau rasa tinggi sangat ke bila ada orang nak datang belajar ilmu dari kau???


Kau lupa.
Ilmu tu milik Allah.
Kau lupa.
Jawatan yg kau dapat ni rezeki Allah.
Kau sombong, dengan apa yg kau ada sekarang ni, kau layan orang lemah macam sampah!.

Come on!
Sampai bila melayu sendiri nak jatuh kan bangsa sendiri?

Duit lebih sikit kau rasa mulia.
Jawatan tak se berapa kau rasa angkuh.

Bila budak praktikal datang dekat tempat kau nak buat praktikal, kenapa kau layan macam sampah??

Kau lupa.
Bila mula2 kau canang hebat nya diri seorang engkau, kau lupa Allah sntiasa perhatikan bongkak nya kau.


Sekarang semua benda pasal kau Allah buka satu per satu.
Tak malu?

Konon nya kau dahulu nya seorang yg hebat, berpengalaman, sebenarnya kau tak ada beza pun dengan budak praktikal.

" Laa. Dia tu tak tahu pun buat benda ni. Sebab tu doktr selalu reject filem dari dia. Saya supervisor dia. So sya tahu la"

Ohh..bodoh juga rupanya.

" Oh.. Selama ni dia cakap dekat kita orang dia tu gaji besar, akan datang nak beli rumah satu juta dekat Ukay Perdana.. Dia siap dah survey lagi.."

Hareemm.. Rumah satu juta kau tu simpan je la dalam kotak mimpi kau.


Aku terfikir.
Tak malu ke kau bila satu department dah tahu tembelang kau?

"Ayah mertua saya owner pam minyak dekat sana.."

Owner ke kerani?? Family mertua kau sendiri ngaku tu pam minyak milik seorang Dato.

" Adik ipar saya tu pegawai polis.."

Setahu kami adik ipar awak tu polis bantuan je.. Kalau ada kerja baru dipanggil.
Kalau tak ada, menggangur je dekat rumah.

Perangai serupa hantu.
Lepas tu ada hati nak sanjung diri sendiri.

Aku tak faham betul.

Ni aku nak pesan. Kot kalau ada yg terbaca entri ni, tak kesah la korang melayu or apa2 bangsa, tolong jangan berperangai hantu.
Bantu bangsa sendiri. Kalau orang datang minta ilmu, kau jangan hina. Kau ajar dengan ikhlas. Tu je pesan aku.

Sekian.

My talk:) karma tu wujud bro. Kau tengok la. Allah terbalik kan life kau sikit, baru kau rasa nyesal. Doa orang yg teraniaya, Allah dengar. Aku tak nak doa hidup kau huru hara. Aku doa supaya kau sedar silap kau cepat tak buat dekat orang lain akan datang. Aku hilang hormat pada kau.


Thanks for reading :)

No comments: