Gaji ohh gaji

Assalammualaikum..

Aku ada terbaca satu artikel berkenaan gaji.

"Apa perlu kita buat bila dapat gaji?"

Satu soalan muncul dalam benak fikiran aku.

Mana yg belum kahwin, maybe tanggung jawab kurang.

Dan yg pertama sekali wajib bagi sebahagian pada orang tua kita.

Kadang bila kita dah bagi dorang tak nak pun.

"Mak tak nak duit gaji kau ni. Kau simpan baik2, guna untuk kau bayar apa yg perlu.."

"Tak payah la bagi abah duit ni. Gaji kau pun sikit. Simpan buat belanja waktu kecemasan nanti.."

Orang tua kita lebih tahu keadaan kita.
But as anak, benda tu perlu kita buat.
Tak dapat banyak, sikit pun jadi la.
Baru berkat gaji yg kau dapat tu.

Kau ingat orang tua kau.
Memang dorang tak minta, tapi kau bagi je la.

Kerja pertama aku dlu masa buat part time, aku dapat gaji, aku dah asing siap2 untuk parents aku.
Aku punya excited rasa hari tu juga nak pergi bank keluar duit, bagi ibu ayah aku.


Balik kerja, aku singgah bank cash out then aku bagi sebahagian untuk ibu dan sebahagian lagi untuk ayah.

First ayat yg ibu aku cakap,

" Tak payah bagi ibu duit. Kakak simpan buat belanja masuk sem nanti.."

Tapi buuu. Ni kakak dah niat nak bagi ibu. Ambil la...

Time tu rasa sedih juga.
Sebab aku excited nak bagi tapi ibu tak nak.

"Bukan ibu tak nak ambil. Kakak simpan duit ni, nanti boleh guna masa belajar. Ibu ada duit ibu. Kakak yg belajar tu banyak pakai duit.."

Diam kejap aku...

Lama....


"Ok.. Macam ni la. Kakak belanja je ibu makan. Yg itu ibu nak.."

Kalau belanja makan, mesti ibu yg akan decide. Dia akan minta pergi dekat tempat yg biasa2 je.. Tak mahal pun..
Malah duit yg aku niat nak bagi dia pun lebih dari bajet nak belanja makan.

Aku redha dekat situ.

Tapi...
Belum habis setakat tu je.
Aku selit beberapa RM dalam purse ibu.
Itu je cara aku nak bagi ibu duit hasil gaji aku.


Ayah pula..

Ayah. Ni ada sikit duit gaji kakak..

"Tak payah. Simpan je. Kakak nak masuk sem bulan depan. "

Ye tahu..tapi ambil la. Ada lagi. Kakak dah asing kan. Yg ni memang niat nak bagi ayah. Boleh ayah guna buat bayar bila, minyak moto ayah pergi kerja..

"Ok. Ayah terima. Tapi ni banyak sangat. "

Macam tu la ayah dengan ibu aku.


Ok..
Balik dari cerita tadi.

Kalau dah dapat gaji, bagi yg bujang, pandai2 la jimat.
Bayar yg perlu.
Selebihnya guna gaji dengan baik.

Kadang gaji kita dapat tu kecik.
Biasa la.
Sekarang ni nak dapat kerja susah.
Kalau dapat pun gaji mesti tak macam apa yg kita harap kan.
Jadi kau kena terima.
Rezeki juga tu.

Kalau rasa nak rezeki dimurahkan lagi, kau sedekah lah setiap bulan.
Ikut kemampuan.
Masa singgah solat dekat masjid tu boleh la hulur beberapa RM dalam tabung masjid.
Kalau tengah makan dekat kedai mamak nampak ada meja ada orang makan dekat meja sebelah, apa salah nya kau bayar kan sekali.
Even kau x kenal.
Dalam rezeki kita ada rezeki dia.

Lagi best kalau kau dapat sumbangkan pada tabung anak2 yatim.
Yang ni kau boleh pergi mana2 laman web cari pasal tabung rumah anak2 yatim.
Dorang tak nak banyak.
Kau bagi sikit pun dah cukup.

Aku menulis di sini untuk aku ingat kan diri aku juga sebenarnya.
Benda yg baik korang ambil.
Yanh tak, jangan ambil.

Sekian.

My talk:) Kalau ada rezeki, kongsi dengan orang sekeliling kita. Lagi banyak kita beri,lagi banyak kita dapat. Insyaallah. Janji Allah itu pasti.



Thanks for reading :)

No comments: