Hiking and Abseiling @ Sg Pisang Gombak

Assalammualaikum..
So selesai minggu pertama.
Overall ok lah.
Tapi memenantkan.


Subjek makin susah.
Paling scary bila masuk kelas sistem saraf!
Aku rasa ramai budak medik yang seriau dengan subjek ni.
Ni pula aku kan?

But its ok.
Bila aku cerita benda ni dekat ibu,
Ibu cakap, " Ambil sebagai pembakar semangat kakak. Kalau orang kata susah, kakak kena jadikan benda tu senang. Tak ada apa yang susah. Jangan pasak dekat otak kita yang benda tu susah. Jadi positif dan buat lah. "
Ya.. Ibu memang motivator aku.
Since sekolah lagi.


So doakan aku untuk semester baru ni..

Ok jom aku nak share sikit tentang hiking and abseiling yang aku buat baru- baru ni..

Hari tu tak dapat cerita in detail..

Sg Pisang ni terletak di Gombak.
Perjalanan nya korang kena lalui area UIA.
Then masuk ke dalam kawasan kampung sikit.
Nanti korang kena park kereta dekat kawasan kem yang berhampiran.
Maaf dah lupa nama kem tu. Haha.

Then dekat situ akan ada orang yang akan Jaga kereta kita.
Parking RM3.
Ada sekali bayaran nak masuk Sg Pisang, RM1/person.
Aku tak pasti motif dia letakkan harga untuk masuk ke sana.
Sebab tu tempat awam.
Sg Pisang tu dalam hutan.
Kalau fikir secara logik dorang sanggup ke buat maintenance dekat hutan tu?
Penduduk tempatan yang collect duit tu.
Tak puasa hati?
Ha agak la..
Tapi aku bayar je la..


Then Dari parking korang kena jalan melalui anak sungai.
Kasut memang akan basah.
Dah lintas anak sungai korang akan masuk ke belukar kecik..
Akan tembus ke terowong sungai.
Jangan risau.
Air sungai tu jernih and bersih.
So sepanjang perjalanan memang kita orang enjoy basahkan kasut and ada yang basuh muka la.
Air dia memang sejuk.
Dalam 15 minit jalan korang akan tembus ke lebuh rays karak..
Karak Highway..
Korang akan lalui trek bersebelahan emergency lane karak highway.
About 1 km perjalananan baru masuk balik belukar.
Kali ni belukar.
So aku nak pesan ..
Hati-hati..


Jangan jalan cepat sangat.
Takut kawan dekat belakang tertinggal.
Sebab trek dia tak ada sign.
Untuk yang pertama Kali nak ke sana kena ada guider.
Tak boleh main redah je.
Kalau ikut redah memang akan sesat.
Tengah2 tu nanti akan jumpa pokok tumbang la..
Semak tebal and macam2 lagi.
So kena ada guider yg pernah pergi sana untuk tunjuk jalan.
Senang cerita aku pertama Kali masuk situ aku selalu persoalkan, ada ke sg dalam hutan tebal macam ni??


Dalam 10-15 berjalan baru akan dengan bunyi air sungai.
Tu pun lepas lalu beberapa laluan yang tebal dengan semak yang hampir tinggi dengan kita.

First view bila dah smpai Sg Pisang ialah air terjun !


Since aku update guna smartphone susah payah sikit nak upload gambar di sini..
Kalau nak tengok gambar nanti aku bagi link fb.


Air terjun memang cantik.
Tunggi air terjun lebih kurang 20 meter.
So cuma estimate tunggi dia dengan condominium..
Agak2 sama tunggi dengan condominium berapa tingkat?


Jernih!
Nyaman!
Tenang!
Tu je aku mampu cakap.


Since kita orang dah plan awal nak buat abseiling dekat air terjun tu, so kita orang dah janji dengan satu club aktiviti lasak untuk minta dorang setup peralatan abseiling kita orang.
Dekat sg Pisang tu boleh abseiling.
Tapi kena book dulu.
Kalau tak book, memang orang tu tak akan ada dekat situ.
Korang just boleh mandi je la di situ.
Kalau nak no boleh contact aku ye.


So equipments semua lengkap.
Jangan risau soal keselamatan.
Kami yang pergi 20 orang hari tu, cuma 2 orang je yang pernah buat abseiling.
Lagi 18 orang ialah first timer.


Sebelum abseiling kami ada taklimat.
Jangan takut.
Keselamatan terjamin.
Asalkan korang ikut je arahan guider.


Untuk abseiling korang akan diberi harness, steel,helmet, and gloves.
Sebelum buat abseiling akan ada seorang guider yang akan check pemakaian keselamatan korang.
Cek sama ada betul atau tak harness yang korang pakai tu..

Abseiling!
Now time untuk korang cabar keberanian korang.
Jujur aku cakap dalam group aku masa tu mostly ramai yang gayat!
But at the end dorang mampu handle rasa gayat tu.


Jangan takut.
Harness yang korang pakai akan diikat dengan tali.
Dah selamat habis tu.
Enjoy la aktiviti yang korang buat.
Sambil turun sambil enjoy air terjun yang turun membasahi korang.
Serious best!
Feeling habis.


Aku nak pesan.
Please pakai kasut yang tapak nye bergetah.
Elakkan pakai running shoes.
Sebab licin.
Korang nak turun kena pijak batu ..
So please pakai kasut tapak getah ye.


Di bawah tu nanti akan ada dorang guider yang akan bantu kawal tali kita.
Just in case kalau korang terlepas tali guider akan control.
So tak akan jatuh.
Believe me.
It was awesome!


Bila dah smpai bawah lagi best.
Badan korang akan rasa nyaman bila berendam dengan air sungai.
Sejuk weh!


So far aku buat 5 Kali abseiling.
Tak takut.
First time buat aku cuma risau.
Sebab aku tak tahu keadaan dia.
But rasa nak Cuba tu terlalu tinggi.
So hilang dah rasa takut.
Jangan risau.
Bayar sekali.
Boleh main banyak Kali.


Hari tu Kali kedua aku abseiling aku turun bertiga.
Means aku buat trio dengan member.
Kita orang lumba siapa turun dulu.
Haha.
Ye la.
Dah tau keadaan dia so tak ada masalah.
Best!
Kali ketiga aku buat, aku turun berdua.
Double la kiranya.
Tengah2 air terjun tu kita orang selfie dengan go pro.
Hahaha.
Abseiling ni korang sendiri yang handle.
So korang bole decide nak turun cepat ke, lambat ke, nak stop sekejap ke, semua terpulang pada korang.
Since tengah2 air terjun tu view dia cantik so kita orang decide nak selfie dekat situ.


Kali ke-4 aku turun, lagi beberapa meter nak cecah sungai, aku lompat and jatuh dalam sungai.
Heaven gila!
Jangan takut.
Sungai tu tak ada batu.
Selamat untuk terjun.

Skill dia cuma korang perlukan keberanian.
Contoh agak2 ketinggian tu korang berani nak terjun, jerit je dengan guider dekat bawah.
" bro..I nk jump!"
So nanti dia faham la..
Dia akan pantau korang.
Korang cuma lepas kan tali breaker then lompat ke belakang and jatuh dalam sungai.
Pergh!
Best gila.
Haha
Ni tiba2 buat aku rindu nak abseiling lagi..


Kita orang masuk situ pukul 9. Dalam 9:35 smpai dekat tapak.
Then buat abseiling and rehat pukul 12:30.
Masing2 makan.
Ha jangan lupa pergi mandi dekat sungai atas.
Situ air dia lagi best.
Tak jauh.dalam 200 meter Dari tapak abseiling.
Kalau rajin naik lagi untuk mandi dekat sg atas.
Sejuk..


Pukul 2 lepas solat jemaah kita orang sambung abseiling lagi.
Smpai la puas.
Dalam pukul 4:46 baru gerak keluar.


Overall memang best!
Aku syorkan korang try benda ni.
Hutan and air sungai masih cantik lagi.
Sebab tak ramai yang smpai situ.
Time kita orang pergi tu ada budak Kadet Remaja Sekolah dr TTDI buat kem dekat situ.
Ada juga orang berkelah.
Best la. Boleh BBQ sekali.
Pastikan kawasan tersebut bersih ye lepas tu.

Sekian.


My talk :) Fb-  Nuramira Razali
Email- dyaerrica_myra@yahoo.com
Kalau ada apa2 pertanyaan boleh contact ye. Bye!


Thanks for reading :)

No comments: