Terima Kasih Allah

Assalammualaikum.

Ok lah.
Kali ni aku nak share sikit tentang study aku.

Alhamdulillah.
Dah selesai semester 1.
So far subjek aku tak terlalu susah.
Masih boleh aku bawa lagi.
Dan berkat ilmu daripada bekas lecturers di diploma dulu, aku boleh recall semula dan relate dengan apa yang aku belajar sekarang.
Alhamdulillah.


So untuk pengetahuan course yang aku ambil ni masih dalam bidang Sains.
Ok..cukup setakat itu.
Aku tak nak bagi tau secara terperinci.
Cuma bidang ni agak susah sebenarnya.


" KENAPA PILIH COURSE TU KALAU TAU BIDANG TU SUSAH?"

"MEMANG EXCELLENT STUDENT KE?"

"COURSE YANG MEMENATKAN DAN TAK ADA LIFE..TAK BOSAN KE?"


ok..cukup!


Aku pilih course tu sebab aku minat dan aku yakin aku mampu bawa.
Aku bukan pelajar cemerlang tapi aku aku yakin kalau ada usaha kau boleh berjaya.
Aku tak rasa course aku tu membebankan dan aku jumpa 'life' aku dekat situ.


So far alhamdulillah aku enjoy sangat.
Aku buat banyak benda baru.
Aku belajar banyak benda baru.

Yang penting, makin banyak benda baru yang aku belajar, makin aku kagum dengan kuasa Allah.

Aku rasa kerdil sangat. Otak yang aku guna untuk belajar selama ni terbatas nak fikir titik permulaan setiap kejadian yang Allah ciptakan.
Jujur .. Aku tak pernah rasa kerdil sangat macam tu.
Selama ni aku hanya nampak benda yang selalu aku nampak depan mata aku.
Tapi bila Allah beri aku peluang belajar ilmu DIA dalam bidang sains, Allahuakbar!
Setiap satu proses yang berlaku dalam badan manusia, setiap pertumbuhan cell dalam badan, setiap aliran darah kita dan disebalik pergerakan kita, setiap satu nya dicipta dengan baik.
Tanpa cacat cela.


Dan aku belajar setiap punca penyakit..
Allahu..
Allahuakbar.
Kau tak akan pernah sangka hanya punca sekecil zahrah mampu buat satu fungsi badan kau tergendala!
Hebat kuasa Allah!

Aku masuk bilik bedah atau kami panggil bilik mayat.
Sekali lagi Allah izinkan aku belajar ilmu milik Nya.


Mayat depan aku.
Terkujur kaku.
Tanpa seurat benang.
Tanpa kulit
Yang tinggat hanya lapisan-lapisan otot.


Aku pandang muka mayat tersebut.
Mata nya terbeliak.
Mulut ternganga.
Tanpa ada seurat rambut.
Hanya tulang pipi bersama beberapa otot muka.


Aku turunkan pandangan aku pada bahagian tangan.
*UPPER LIMB.

Yang tersaji depan aku hanya otot-otot lengan dan urat serta tulang-tulang jari yang dapat aku tengok.

Indah ..
Setiap lapisan otot kita dilapiskan dengan baik untuk memudahkan kita buat pergerakan.


Aku tak pernah sangka aku akan pegang orang dalaman manusia.
Tidak!


Sekali lagi Allah beri aku peluang pegang dah rasa sendiri organ dalaman manusia.
Pertama kali aku pegang paru-paru manusia.
Lembik!
Warna nya agak pucat dek kerana terlalu lama disimpan dalam peti ais.
Besar.
Aku juga dapat pegang buah pinggang manusia.
Organ penting kita..
Dan terakhir aku dapat pegang pancreas.
Semua ni aku pegang dengan tangan aku sendiri tanpa gloves!

Lecturer benarkan kami sentuh dan rasa sendiri setiap organ tu tanpa gloves.



Indah!
Ciptaan paling indah.

Akan datang aku harap aku dapat pegang jantung, satu-satu nya organ yang sangat penting dalam tubuh manusia.


Cukup setakat ini.

sekian.

my talk:) Indah.. Terlalu indah setiap ciptaan ALLAH.





Thanks for reading :)

No comments: