Rahmah Rashidi

Assalammualaikum..


Haii.


So hari ni myra nak buat entri khas untuk seorang yang bergelar sahabat.

Rahmah Rashidi..This is for you..


Hari ni 4 Januari 2016.. Genap kau 23 tahun beb.
Ingat lagi first time aku jumpa kau.
Masa tu kita jadi housemate untuk unit 4047..
Aku masih ingat lagi..


Secara jujur kau nampak serius sangat.
Tak banyak cakap.
Sepatah tanya sepatah juga kau jawab.


Untuk beberapa bulan pertama, kau dengan dunia kau.
Even roomate kau pun tak dapat nak faham kau ni jenis macam mana..


Saat tu satu perkara terdetik dalam hati aku Rahmah..
" Aku janji aku nak jadikan kau seorang yang banyak cakap.."

Aku selalu perhatikan kau.
Balik kelas kau terus lepak dalam bilik je.
Kalau terserempak dalam toilet pun kau senyum je.
Berat sangat mulut kau tu ye.. haha.
Ada emas agaknya.

Dan aku tak puas hati.
Aku cuba nak dekat dengan kau lagi.


Lama kelamaan alhamdulillah..
Doa aku makbul beb..
Kau makin selesa dengan kami.
Setiap hari ada saja cerita pasal classmate kau..
Dah jadi perkara wajib untuk kami dengar semua cerita kau setiap hari..


Rahmah..
Kau ingat lagi tak yang kau pernah cakap macam ni,
"Aku susah nak rapat dengan orang luar. Aku cuma percaya adik beradik aku je. Kawan-kawan aku cuma adik beradik aku.."


Dan..
masa berlalu..
Kau selesa duduk dengan kami.
Alhamdulillah.


Kau dah boleh bergurau dengan kami.
Dah boleh terima kutukan dan ejekan kami.

Ha.. aku tak lupa beb.
Setiap khamis kau akan mengeluh..

" Alaaaa..esok aku ada 'rocol' !!"
 "Nad, myra, ain, kejutkan aku rocol pagi nanti. Kalau lambat mati aku dengan supervisor.."

Bila kau dah balik dari ladang, kau nampak penat sangat.
Kau akan tidur dari tengahari sampai petang.
Masa tu kita orang kesian sangat tengok kau.
Kalau boleh nak kunci bilik kau dari luar, nak tarik langsir bilik nak pasang kipas kuat-kuat supaya kau dapat tidur dengan nyeyak..


Rindu nye..


Sem 3, kita dah tak sama unit.
Tapi apa yang paling aku ingat sekali, kau akan selalu datang rempuh bilik aku secara tiba-tiba..

Dan masa kau datang tu aku tau..
Pasti akan ada cerita or masalah yang kau nak share-kan..

Dan saat kau masuk bilik aku, walaupun aku tengah siapkan assignment, walaupun nad tengah layan korea, kita orang mesti akan berhenti buat kerja masing-masing serta merta..
Sebab kita orang tau saat itu kau betul betul nak kan sepenuh perhatian dari kita orang.


Sambil cerita, kau akan attack katil aku.
Kau tahu tak aku terpaksa redha bila kau golek-golek atas katil aku..
HAHAHA..
Aku susun baik punya aku punya bantal, aku lipat comforter aku kemas-kemas, aku tarik cadar aku biar nampak kemas, alih bila kau datang, katil aku jadi macam baru lepas kena bedal dengan puting beliung!
Tu tak termasuk lagi dengan geram aku bila tengok kau sesedap rasa alas teddy bear kesayangan aku jadikan bantal untuk kau tidur!


Rahmah, penyek la teddy aku tuu.. sobsss!
*Aku hanya mampu nangis dalam hatii. hahaha.


Kau selalu bercerita masalah kau sampai tertidur dekat atas katil aku.
Aku dan Nad pun sedia faham.
Lalu kami pun ber-huhuhu..
Sambung balik kerja. Biarkan kau tidur.

Aku tahu itu je cara kau hilang kan masalah kau.


Percaya lah, bersepah macam mana pun katil aku, penyek macam mana pun teddy kesayangan aku, sikit pun aku tak kesah. Sebab kau kawan aku..

Rahmah,

Kalau aku cerita sampai bila-bila tak akan habis.
Terlalu banyak benda yang kita buat sama-sama.
Dan aku sayang kau sahabat.
Kau tegas. Sekali pandang memang orang akan kata kau sombong.
Tapi kami je yang tahu.. Jauh dalam hati, kau sebenarnya manja.

Dengan kita orang lah tempat kau manja.
Cerita itu ini.
Share makan..
Curi makanan..
Tumpang tidur.
Sepahkan katil.

Banyak sangat Rahmah.. Terlalu banyak.

Sekarang kita dah jauh..
Buat haluan masing-masing.
Kejar cita-cita masing-masing.

Cuma aku nak kau tahu Rahmah.
Aku sikit pun tak lupa pasal kau.
InsyaAllah selagi Allah pinjamkan aku peluang untuk hidup, selagi itu doa aku sentiasa ada untuk kau.

Jaga diri Kak Ngah!
Aku nak kau buka peluang untuk diri kau untuk kenal orang lain.
Kalau ada apa-apa masalah, bila-bila masa boleh contact aku.
Even tengah malam sekali pun.
Beri peluang dekat diri kau untuk cuba benda-benda baru ok?


Untuk ibu dan ayah kau,
Aku doakan semoga mereka panjang umur,murah rezeki dan sehat sejahtera.
Terima kasih pak cik, mak cik.
Sebab lahirkan seorang sahabat yang sangat manja.
Yang sangat hargai nilai sebuah persahabatan.

Terima kasih Allah pinjamkan aku individu yang sedikit sebanyak ubah aku. Yang bantu aku kenal erti hidup. Yang bantu aku kenal makna kesyukuran.




Rahmah birthday kita lebih kurang sama..
Kau 4/1 dan aku 1/4..

Selamat Hari Lahir sahabat.
Moga Allah berikan yang terbaik.
Selebihnya biar aku simpan dalam doa ok?

Aku rindu kau. Aku sayang kau..


Sekian.


My talk:) Terima kasih sebab hadiahkan aku sesuatu yang paling mahal dalam dunia ni.. SEBUAH PERSAHABATAN.. Aku tak perlu duit. Aku tak mahukan hidup mewah. Cukup sebuah persahabatan yang ikhlas. Terima kasih Rahmah!


Thanks for reading :)

No comments: