Crush BFF

Assalammualaikum.


Siapa tengok cerita SHA & SHAH?

Apa pendapat korang?

Tapi aku nak cerita pasal CRUSH DENGAN KAWAN BAIK.

Ambik kauu..
Aku tulis besar-besar tu..

Bohong lah kalau korang tak pernah rasa perasaan tu.
Bagi aku tu perasaan paling best.
Hahaa..


Tapi paling sakit bila crush kau tu dah ada girlfriend or suka pada orang lain.
PAISEH!!

Kecewa tahap tujuh petala bumi.

But its ok.
Perasaan itu indah sebenarnya.

Betul .
Lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik.
Pasti akan ada seorang yang akan jatuh hati.


Bila hampir setiap masa kau spend time sama-sama, study sama-sama, makan sama, hangout sama, aktiviti macam tu sedikit sebanyak mendorong satu perasaan yang luar biasa.


Huduh  macam mana sekalipun kawan baik kau tu, bagi kau dia tetap ada satu magis yang menarik perhatian kau.

Seronok sebenarnya 'bercinta' dengan kawan baik.

Semua benda pasal kau dia tahu.
Dan kau pun tahu semua pasal dia.

Apa perlu buat bila crush dah ada pasangan?
Relax je la.
Kawal perasaan kita pada dia dengan baik.
Jaga hubungan as kawan baik tu sampai bila-bila.
Jangan sebab dia ada pasangan, kita kecewa dan terus jauhkan diri dari dia.


To be honest,
aku sendiri pernah crush dengan kawan baik.
Dan dia sangat memenuhi semua kriteria yang aku nak.
Haha.

Paling penting, dia sangat pandai borak dengan ibu ayah.
Pernah datang rumah masa raya.
Dan langsung tak malu.
Senang cerita sangat pandai bawa diri.

Ibu pernah whatsapp dengan dia juga.
Aku tahu pun lepas aku cek balik hp ibu.
haha.

Ya Allah..
Sangat pandai berborak dengan ibu.
Conversation dia bersahaja tapi penuh hormat.

Dengan ayah pula, waktu dia mula-mula nak datang rumah time raya dulu, sengaja aku beri direction rumah yang mengelirukan.
Ayah pergi jemput dia satu tempat lepas dia sesat barat.
Sampai je rumah, pandai pula dia borak berdua dengan ayah.


Itu lah.
Aku paling suka bila dia pandai ambil hati ibu dengan ayah aku.

Ok lah.
Cukup la sampai sini.
Apa-apa pun, perasaan kita, kena kawal dengan baik.
Kalau kau tanya salah tak ada perasaan dengan kawan baik?
Jawapan aku, Tak salah.


sekian


my talk:)


Thanks for reading :)

No comments: