Sireh bakal pulang ke gagang

Assalammualaikum.

Alhamdulillah.
Semalam hari bersejarah buat aku.
Terima Kasih Allah pinjam kan aku ibu ayah untuk mereka hadir dan lihat kejayaan aku.
Dan terima kasih atas peluang dan semangat yang Kau pinjamkan pada aku untuk beberapa saat dan ketika bila mana aku rasa kan aku dah gagal.



So plan aku lepas ni..
Aku nak sarung lagi sekali jubah.

Duduk di dalam dewan keramat semalam cukup buat aku bina satu aura postif yang baru.
Minda aku mula berfikir kan perancangan masa depan aku.


Visi aku:

Aku nak habiskan apa yang aku buat sekarang.
Dan aku nak kerja dalam bidang yang aku impikan.
2-3 tahun untuk cari pengalaman kerja.
Dan selepas itu aku akan sambung master.


Ok. Tak nak cerita terlalu details.
Tapi yang satu aku akan pegang dan aku akan usahakan..
Satu hari nanti aku akan pulang ke tempat di mana aku mula untuk aku didik anak bangsa aku.


Terima kasih UiTM sebab sediakan ruang untuk masa depan aku.

Kalau dulu UiTM terima aku sebagai mahasiswi, aku harap akan datang UiTM terima aku sebagai seorang pendidik.

InsyaAllah.

Buat masa ni biar aku 'berkelana' sementara di tempat orang untuk aku pungut seberapa banyak ilmu dan pengalaman untuk aku kongsikan dengan anak bangsa aku akan datang.


Sekian.

my talk:) Seorang gadis biasa yang punya impian yang tinggi dan semangat yang jitu

Thanks for reading :)

No comments: