Impian

Assalammualaikum.

So hari ni aku free aku nak sambung entri aku yang semalam tu.

Baru 3 hari dekat sini aku dah berjalan.
Explore tempat orang.
Ok sebab tu aku memang suka kalau dapat sambung belajar jauh-jauh :)


Aku nak explore tempat orang.
Bagi aku masa belajar ni kau ada banyak peluang nak buat apa yang kau suka.
Bila dah kerja nanti kau tak akan ada masa.
Bila dah kahwin nanti kau tak akan mampu join program dengan member..


Aku suka pesan dengan adik aku.
" Kau belajar kalau boleh biar jauh dari Selangor. Asyik duduk dengan ibu ayah sampai bila nak berdikari? "


Sebab tu masa adik aku score PMR aku memang pujuk ibu ayah aku untuk hantar dia masuk MRSM..
Ok.. cukup setakat itu.


Hari ketiga aku di sini aku dah 'langkah' tiga negeri! hahaa
Aku ke Sik , Kedah.
Apa aku buat dekat sana?
HEHEHE..



Aku melawat ladang anggur dekat Sik..
Ha.. Aku ingat anggur dia orang tanam dekat cameron highland je.
Tapi dekat Kedah pun ada.
Teruja sangat bila dapat tengok anggur depan-depan.

Kami pergi berlima.
Kawan aku drive.
2 jam setengah juga la perjalanan.
Sebab kawasan dia betul-betul ke pendalaman.
Entah ceruk kampung mana yang kami redah masuk dengan myvi hari tu.
Tapi memang best!


Lepas pergi ladang anggur kami ke empangan Bris.
Ok. Empangan ni aku suka.
Buat aku tenang.
Bila sampai sana, kami berlima terus senyap.
Masing-masing menikmati keindahan alam.
Serius aku tak pernah rasa tenang macam tu.
Kau tengok air and burung buat kau rasa alam ni indah.
Makin buat kau lagi dekat dengan tuhan.
Buat kau rasa dihargai.


"weh.. aku tak pernah rasa tenang macam ni. Kita lepak sini lama-lama sikit ye" - tiqa..


Kalau korang stress or sedih, try la pergi cari tempat - tempat yang tenang macam tu.
Buang semua negatif ambil semua aura positif dari alam.
Aku pernah baca buku motivasi ni.
'Alam dan manusia adalah satu pertalian yang sangat kuat. Cari lah alam kalau kau ingin jadi manusia yang hebat'.

Ha... aku ingat lagi ayat tu..


Then dekat sejam lebih dekat situ kami masuk ke kawasan kampung.
Motif?
Saja..suka-suka.
Nak hirup udara kampung.


Masa masuk dalam satu kampung ni kami jumpa satu tempat..

' KOLAM PERTENAKAN AGROKULTUR'.


Lebih kurang macam tu la signboard dia.
Aku pun ingat-ingat lupa.
So kam decide masuk.
Jumpa dengan seorang penduduk tempatan.
Aku tak tau nama dia siapa.

Masa tu kami perkenalkan diri.
"kami dari uitm dan kami di sini saja jalan-jalan pusing kampung. Ternampak tempat ni .. Abang buat apa dekat sini?"

*Lebih kurang tu la ayat kita orang.

Then abang tu dengan kawan dia bawa kami masuk kawasan agrokultur tu ..
serius besar.
Rupanya dia orang buat macam-macam dalam tu.
Ada kolam ternak ikan keli.
Ada kolam tanam sayur hydroponik.
and macam-macam lagi la.
Then kami masuk dalam satu sangkar yang agak besar ..
Dalam tu ada banyak bahagian-bahagian yang dijalankan projek tanaman pokok hiasan aquarium.


Selama ni kita tengok pokok hiasan aquarium yang plastik kan?
Kali ni kami sendiri tengok pokok hiasan aquarium yang original, Yang betul-betul punya.

Pokok tu anak benihnya dari jepun.
Memang banyak.
Aku boleh cakap dekat situ pokok-pokok tu di jaga dengan baik.
Tengok daun pun dah tahu.
Jenis pokok yang berkualiti.


Abang tu explain banyak pasal program yang mereka jalankan.
Yang penting program dalam kawasan tu semuanya atas pantauan bahagian pertanian negeri kedah.
Segala nasihat, urusan pemasaran produk, pembelian anak benih semua nya dipantau.
Kiranya program ni banyak bantu orang kampung setempat.


Macam FELDA la.

Kami bukan jalan kosong.
Kami cari ilmu secara tak langsung.
Niat asalnya nak berjalan je.
Not bad la.


Selain dari apa yang abang tadi usahakan, dalam tu ada juga kolam ternakan ikan hiasan.
Aku ada tanya ikan macam mana yang mereka usahakan?
Ikan koi ke?
Arowana ke?

Abang tu kata situ ada ikan Gapi.
Tapi kami tak dapat masuk ke kolam ikan Gapi.
Sebab kolam tu berkunci.
Individu yang bertanggungjawab atas kolam tu cuti.
So bukan rezeki kami hari tu.


Tiba-tiba lepas aku terima banyak info dari abang tu aku terfikir.
Program macam itu sebenarnya bagus.
Banyak bagi peluang pekerjaan pada orang kampung.
Semua nya perniagaan.


Kalau aku duduk di kampung aku akan join program under pertanian negeri dan aku nak buat kolam ikan Tilapia Hitam
Sebab ikan Tilapia sebenarnya dapat banyak pasaran.
Boleh import ke luar negara.
Since luar negara sumber untuk dapatkan ikan itu agak terhad permintaan akan tinggi.
Dari situ kau boleh buat duit.

heheh..


Aku buat research sikit pasal ikan air tawar ni.
Pasaran sekarang banyak  terima permintaan dari Timur tengah, Amerika dan beberapa negara lain.
Biasanya tilapia hitam ni mereka akan jadikan kepada bentuk filet ikan.
Makanan utama orang luar negara.


Ni kalau la aku ada duit sekarang memang aku nak mohon untuk buat kolam ternakan ikan air tawar.
hehe..



ok. setakat itu saja.
Aku nak share ilmu apa yang aku dapat dari abang tu.


sekian.


my talk:) Aku ada banyak impian. Bila dah stabil dengan kerjaya, aku nak buka satu kafe. Ala-ala kafe western food. Aku nak buka dobi.. Dan yang terbaru aku nak buat kolam ternakan ikan air tawar.
Aku nak buat bisnes dan dalam pada masa yang sama aku nak bagi peluang kerja untuk bangsa aku sendiri. hehe




Thanks for reading :)

No comments: