Goodbye!

Assalammualaikum.



Ok minggu terakhir aku dekat sini.
semua barang dah siap.
medical check up pun dah selesai buat pagi tadi.
alhamdulillah aku sehat.


aim aku lepas ni nak focus.
aku nak aim jpa.
insyaAllah.
kalau masa diploma dulu aku tak dapat kali ni degree aku kena dapatkan juga jpa tu..
sampai bila nak tengok oang lain dapat?
kan..


petang tadi tengah pack barang mak su whatsapp  aku.
"myra dah semak result ...?"
 and i was like , " eh dah keluar ke result .. mak su?"
mak su semak kan result aku tu since internet aku slow.
alhamdulillah.
aku dapat panggilan untuk buat ujian.
kalau lepas ujian tu aku akan dapat panggilan temuduga pulak.


ya Allah.
aku speechless.. makin susah aku nak decide lepas ni.
Bak kata someone, " murah rezeki awak. lepas satu..satu yang awak dapat.."
ye..alhamdulillah.
tapi bla banyak pilihan ni satu masalah bila aku kena pilih yang terbaik.


dulu sebelum  ni pun ada masalah yang sama ..
aku ada dua pilihan untuk pilih..
bila ibu minta aku decide aku bagi jawapan ini, "kakak rasa decide nak kahwin lagi senang kot bu?"


ni satu pilihan aku dah buat.
then datang pulak lagi satu pilihan.
duhh.. rumitnya.


tak apa.
aku tak nak jadi pak pandir.
kejar dua-dua alih-alih satu apa aku tak dapat.


malam ahad aku ke ukay perdana.
rumah mama and abah.
ok sebelum itu aku kenalkan siapa mama and abah ni..?
mama and abah individu yang datang selepas ibu ayah aku.
even hubungan aku dengan mereka sekadar family angkat tapi mama and abah tak pernah kurang bagi kasih sayang.
sentiasa ambil berat.
so ahad lepas aku decide nak jumpa mama and abah sebelum aku berangkat.
abah and mama hadiahkan aku something..
tq mama abah..


alhamdulillah. murah rezeki aku. ramai yang sokong aku dari belakang.

so aku dah nak berangkat lepas ni.
doakan semoga urusan aku dipermudahkan..
minta maaf kalau ada khilaf dari diri ini.
andai kata lepas ni aku di sana dan aku berubah , anggap la tak semua manusia akan kekal sama.
aku nak kan yang terbaik.
sebab aku dah lama ubah tahap pemikiran aku.
cuma aku belum nak ambil apa-apa tindakan.


eh.dah lah,,serius pulak!  hehee..
sekian.



my talk:) masa berlalu. manusia berubah. satu yang tetap sama. kenangan .. terima kasih.
Thanks for reading :)

No comments: