Kayuh

Assalammualaikum..


Semalam and hari ni aku keluar beli barang kelengkapan.
Tak beli banyak pun beb.
Beli mana yang perlu.
Aku pun tak nak susahkan parents.


Tunggu dapat pinjaman pendidikan nanti baru aku beli sikit-sikit lengkapkan mana yang kurang.
Kasut sneaker aku sepasang time diploma dulu itu je aku guna.
Tapak dia dah banyak kali aku gam ! haaha
Gam gajah.
Nasib keluar hari tu tak tercabut!
Kalau tak haru juga aku..


Beli bundle je der.
Sampai sekarang masih tahan. Lasak kasut tu.
Jumaat lepas usha juga dekat Converse NU Sentral.
Aku berkenan yang blue black tu..
Tapi rege dia paksa aku keluar cepat dari kedai tu.. HAHAHA..
Tak apa lah.
Tunggu kasut rosak betul baru aku ganti baru..
Bundle juga la. HAHAH..


Sementara ada masa nak masuk belajar ni aku buat cupcakes jual ..
Tumpang jual dekat tempat ibu niaga.
Dapat juga la aku duit poket untuk guna dekat sana sementara nak tunggu pinjaman masuk.
Alhamdulillah.
Habis.. Rezeki aku.
Niat nak cari duit poket sendiri.
So Allah permudahkan..


Betul kata orang.
Setiap kerja yang kau nak buat kau kena ada niat.
Kalau betul niat kau insyaAllah dipermudahkan.


So guys.
Aku nak pergi dah.
Doakan urusan aku dipermudahkan.
Terima kasih pada yang banyak bantu urusan aku.
Tak kesah lah secara langsung atau tidak langsung.


Dinnie and Epul.
Aku bersyukur dapat member macam korang.
Banyak bantu support aku.
Individu yang aku terus call bila aku dapat offer tu.
To him too..
Tq so much dear. Banyak nasihat itu ini. Ingat kan saya itu ini.


Long Distance Relationship la kita lepas ni ye? Haha..
Its ok. Percaya itu kunci utama. :)
Orang tu dah janji nak datang masa convo kita..hehe
Cant wait!

sekian.

my talk:) Satu doa dan harapan aku. Bila aku dah masuk sana nanti minta Allah sebuk kan aku dengan urusan belajar. Aku tak nak fikir apa-apa lagi.




Thanks for reading :)

No comments: