Pasti

Assalammualaikum.. Sekejap je dah bulan Ogos.. Sekejap tu juga dah bulan september..Sekejap tu juga la dah tahun baru. Umur pun baru.. Aku gerun. Paling aku takut bila meningkat umur.. Tanggungjawab kau makin banyak... Masalah kau akan jadi bermacam macam. Lahaii.. Dunia semua nye ni. Kadang kau rasa tak nak ambil kesah pun pasal orang sekeliling kau. Sebab diri kau sendiri pun belum selesai lagi. Tapi kau tak boleh.. Hahah.. Betul la kata orang. Hidup ini umpama satu jaringan..Kau akan berkait juga dengan orang sekeliling kau. Haa.. contohnya kisah aku.. Anak jiran aku ni lepasan spm tahun lepas.. So sekarang aku and adik aku yang uruskan permohonan dia untuk masuk belajar. Dasyat takk?? Pangkat besar tu.. --'  Bila fikir kan balik kenapa aku dengan adik boleh terlibat dengan urusan orang?? Ok.. Sebenarnya macam ni.. Anak jiran aku ni bongsu.. Akak and abang dia pendidikan setakat SPM je. So one day mak cik ni datang rumah aku.. Bagi tahu yang dia teringin sangat nak tengok sorang anak dia masuk universiti.. Dia seronok bila tengok anak orang lain masuk universiti.. Luahan seorang ibu beb. Anak dia bukan pelajar cemerlang.. Yang bongsu ni dari aliran seni masa sekolah dulu. So start dari situ aku minta adik aku buat kelas untuk dia.. Since masa budak tu SPM adik aku ada di rumah. Dalam masa seminggu adik aku akan pastikan budak tu datang rumah kita orang untuk study. Mana yang dia lemah adik aku akan bantu. Adik aku pun niat nak bagi dia lulus SPM sekurangnya.. Bila adik urus bahagian tu, aku pulak cuba bantu motivate dia. Ye la. Aku tak nak dia down .. Bagi aku tak ada yang mustahil untuk dia capai cita cita nak masuk universiti .. Alhamdulillah. Berkat semangat dia yang tak putus asa, SPM dia lulus semua subjek.. Itu cukup buat dia rasa lega. Sebab masa trial Bahasa Inggeris and Math dia failed. Now.. Aku ambil alih untuk bantu dia apply masuk belajar.. Since kakak and abang dia tak tahu apa-apa,  aku bantu dia dari awal sampai akhir. Alhamdulillah. Berkat doa dan kesabaran dia rezeki itu milik dia. Dah dapat surat tawaran lagi. Ada la dekat 5 tawaran dia dapat. Now tinggal dia pilih je nak masuk mana.. Bantu anak jiran aku ni, sebenarnya Allah nak aku belajar sesuatu dari dia.. Tak ada yang mustahil kalau kau usaha.. Jangan berhenti doa. Restu ibu ayah itu penting. Sentiasa percaya kebolehan diri. Cantik kan percaturan Allah? :)
Thanks for reading :)

No comments: