Ringan-ringan

Assalammualaikum. Cerita Kal Ho Na Ho ni betul buat aku punya hidung tersumbat balik.. Mata merah and bengkak. Apa sehhh.. Cisdale punya hindustan.  Ni aku dari tadi tahan ngantuk. Sebab nak layan sampai habis cerita tu.. Panadol dengan ubat selesema habis aku bedal lepas makan burger tadi. Tu je yang lalu masuk tekak aku.. Bila badan kejap sejuk kejap panas ni rasa hilang selera makan.. Semalam timbang.. Berat aku turun?.. Aku tak percaya.. Sebab masa puasa berat aku sikit punya maintain. Tak naik.. Dan tak juga turun.. Ibu kata sebab aku tak sehat.. Ala.. Setakat turun 2 kg je pon.. Nanti sehat naik 5 kg balik. Haha.. Laa ni badan cheq hangat sangat. Bawah mata rasa panas je. Hidung ni dari tadi sungainya mengalir deras.. Ni kalau aku cek temperature mesti tinggi sikit.. Thermometer digital yang aku beli tu dah rosak.. Eh.. dah lah. Aku sebenarnya tak ada apa pn yang nak aku ceritakan. Tengah demam ni biasa la.. Otak tak mampu kawal tindakan.. Haha.. Doa kan aku cepat sehat ye. Sebelum aku lupa. Aku rasa nyawa hp Samsung aku ni tak panjang.. kerap sangat hang and padam.. Aku syak jangka hayat dia dah sampai.. Aku tak rasa nak hantar repair. Fuluss .. Kalau tak update blog lama tu means hp aku rosak la ye. Haha.. Member rapat aku pun dah pandai cari aku guna no telepon rumah.. Bagus! So kalau apa apa jadi no  telefon rumah la medium terakhir untuk cari aku ye.  Yakin sangat aku ni yang ada orang baca blog picisan ni. Hahah. Selamat Malam kenangan. Selamat Malam kalian.  Ada umur panjang kita jumpa lagi. Mungkin sakit ni penebus dosa. Sebab dah banyak sangat sakitkan hati orang.. :) Sekian.
Thanks for reading :)

No comments: