Kembali

Assalammualaikum..

too many bad things happened in my life but after that the great bright rainbow appears.

Alhamdulillah.

Segala puji pujian buat Sang Maha Kaya.
Aku tak punya apa-apa.
Dan apa yang aku miliki sekarang hanya pinjaman dari DIA.

my life started suck when i was in 3rd semester.
jangan tanya apa punca nya.
dan aku tak nak menunding jari ke arah sesiapa.
semuanya dari kesilapan sendiri.

benar kata orang.
life remaja buat kau hanyut
akan buat kau serabut.

oleh itu kau perlu akar yang kukuh untuk selamat kan kau dari hanyut.
biarlah pengalaman mengajar aku .

1. Orang yang baru kau kenal belum tentu dapat faham keadaan kau dan keluarga kau. Kau tak mampu nak ceritakan perihal keluarga kau sepenuh nya pada mereka . Sudahnya mereka tetap akan label kau sebagai itu dan ini.. Pengajaran yang aku dapat, sulit macam mana pun keadaan yang kau lalui, jangan sesekali kau berpaling dari keluarga. Segala kelemahan dan permasalahan yang kau dan keluarga lalui biarlah jadi pemangkin kekuatan untuk kau. Kerna tak semua orang mampu faham keadaan kita dan keluarga.

2. Umur bukan kayu pengukur untuk kau nyatakan yang seseorang itu matang selagi kau belum kenal hati budi dan karakter yang dia bawa. TUA tak semestinya matang. MUDA tak semestinya budak. Ilmu dan pengalaman yang menentukan. Lagi satu kau perlu otak untuk jadi matang. Orang yang berotak akan guna kan organ pinjaman Allah dengan sebaik mungkin.
Pengajaran yang aku dapat, siapa pun kita , sentiasa lah bersifat terbuka untuk terima pendapat orang  walaupun dia lebih muda dari kita. Ya betul seseorang yang lebih dewasa mungkin lebih banyak makan garam.. Tapi adakah dia gunakan segala pengalaman hidupnya untuk jadikan pengajaran? Suka aku nak tegaskan dekat sini kalau sama-sama dapat tegur menegur dan saling berkongsi nasihat tanpa ada jurang umur. Tapi perlu ada sifat hormat. Tak ada masalah kalau si muda mahu menegur yang lebih tua tapi perlu ada adab dan tatacaranya.


4. EGO. Aku sendiri punya ego. Dan mereka juga punya ego. Aku punya satu persepsi yang ego ni tak membantu kau dalam hidup. Percayalah. Sejauh mana kau boleh berjaya dengan ego yang kau ada? Sejauh mana kau boleh memimpin dengan ego yang bersarang dalam diri. Dan sejauh mana kau rasa kau cukup matang kalau kau masih simpan ego untuk tidak terima nasihat dan pendapat orang? Cuma satu pesan aku, kalau kau rasa nak ego tinggi melangit, bukan manusia lawan kau. Kerana manusia lain juga seperti kau. Lemah dan tak punya apa-apa..



sekadar perkongsian..cukuplah setakat itu.

apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih pada orang-orang yang banyak meluangkan masa dengan aku sepanjang aku berada di kampus dulu.

En. Hafifi, terima kasih sebab menjaga dan merawat myra masa 2 semester akhir di kampus.
Sentiasa ada bila myra betul-betul perlukan rawatan. Jaga kebajikan kesihatan myra. Even masa myra kena suspect tb pun beliau yang pastikan myra dapatkan suntikan di klinik kerajaan. Alhamdulillah myra bebas tb.


Dan pada semua staff yang duduk di bangunan unit kesihatan, terima kasih. Kita banyak bekerjasama dan dah macam abang dan kakak. Rindu nak borak dengan Kak Yah, Abang Faizal dan lain-lain.
Sama juga dengan staff unit kesihatan. TQ to Pok Ye yang selalu sudi teman aku dalam bilik asthma.
Moga cepat dapat jodoh ye Pok Ye :)


sekian

my talk:) tak mungkin aku lupakan tempat yang banyak ajar aku erti kemanusian.



Thanks for reading :)

No comments: