Jangan Sombong !

Assalammualaikum

Izinkan aku nak menegur sikap kita sebagai pelajar baik pelajar sekolah mahupun mahasiswa/i..

Suka aku nak ingat kan setiap perkara yang kita lakukan mesti perlu diikuti dengan adab.. sama juga dengan niat. Sebelum nak buat apa-apa kena pasang niat..

contoh :
"Aku menuntut ilmu niat kerana Allah Taala".

Aku tengok makin maju teknologi makin kurang adab kita. Makin ramai yang bersikap kurang ajar. Sedangkan kita sedia maklum masyarakat kita umum nya Melayu sejak dari dulu telah diterapkan dengan nilai-nilai murni dan adab sopan.

Ok aku cerita terus apa yang berlaku.

Aku tak suka dan benci bila tengok pelajar yang tak reti nak hormat guru / pensyarah..
Pantang bagi aku.. 

Jangan fikir kita dan mencecah 20-an dan jarak umur kita dengan pensyarah tak jauh beza,kita berhak buat sesuka hati kita..
MOHON UBAH MENTALITI DAN SIKAP SOMBONG ITU..!

Mana pergi hormat kau pada tenaga pengajar?
Mana kau belajar adab menghormati orang yang lebih tua?
Mana nilai harga diri kau ?

Kau bangga masuk kelas 30 minit lewat tanpa rasa bersalah dan tanpa sebarang kata maaf yang terbit dari bibir kau..
Pensyarah kau jadikan 'kawan'
Kau pulas tombol pintu bilik kuliah dan masuk dengan berlagak.
Senyum puas kau berikan.
Apa kau bangga sebegitu?

Makin banyak umur makin kurang adab kau pada pensyarah.

Ingat. sekali pensyarah rasa kecewa atau sakit hati dengan kita, ilmu kita tak akan berkat. 
Apa kau boleh yakin akan cemerlang nanti?

Bila ditegur kata kau,"alaa..relax la..lewat 30 minit je.."
"Relax la dah sem 6 kot"
"Pensyarah tak bising yang kau nak poyo kenapa?"


Pensyarah tak mampu nak tegur.
Dengan niat nak jaga air muka kau..
Tak nak kau rasa malu nanti bila ditegur datang lewat depan khalayak kawan kelas kau. 
Umur dah besar kalau kena marah agak-agak kau suka tak?


Biar lecturer masuk lambat jangan kita yang lambat ke kelas.
Adab belajar, kita yang tunggu lecturer. Bukan lecturer yang tunggu kita.

Jangan pertikaikan kenapa lecturer masuk lambat. Mungkin mereka ada urusan atau mungkin ada mesyuarat. 
Mudah sangat menilai. 

Bila dah besar semua benda tak boleh tegur. 

Lepas habis kelas, belum sempat lecturer kemas keluar kau dah menonong keluar dulu.
Ucapan terima kasih tak ada sekali pun kau ucapkan.
Mungkin kau lihat mereka mengajar adalah sesuatu kerja yang mudah.
Sekurangnya jadi manusia yang reti menghargai.
Ucap terima kasih dan salam tangan mereka. 
Bukan susah pun.
Mereka juga manusia yang ingin rasa dihargai setelah lelah mengajar.


Aku sendiri bukan seorang pelajar contoh.
Tapi aku sedih tengok pelajar sekarang makin hilang rasa hormat pada tenaga pengajar.
Jangan disebabkan arus teknologi yang kita punyai sekarang dah lenyapkan sikap hormat dalam diri kita.


Kalau terserempak dengan tenaga pengajar di luar kelas apa salah nya kau senyum dan ucap salam..?
Hormat.

Teguran terakhir.
Aku tak suka dengar pelajar yang tak puas hati dengan tenaga pengajar dan lantang maki di belakang mereka.
"bodoh lah prof tu."
"kedekut sial perempuan tu bagi carry marks"

Apa kau fikir mereka kawan kau ? mudah kau caci maki?
Aku paling benci dengan orang yang tak reti jaga lidah. 
Baik lelaki mahupun perempuan. 
Masing-masing bangga berperangai begitu.
Apa kau dapat dengan caci dan makian?
Kepuasan?
Kau akan kenal erti kepuasan di akhirat kelak .


Maaf sekiranya penulisan aku agak lantang dan beremosi. Aku harap kita dapat hormat tenaga pengajar dengan baik. Mereka telah berikan kita ilmu. Selayaknya kita mendoakan untuk mereka . Tapi apa yang mereka dapat daripada kita?
Muhasabah diri.
Peringatan ini untuk diri aku sendiri juga.


my talk:) Jaga solat,jaga iman,jaga lidah,jaga tingkah laku insyaAllah kita akan jadi manusia yang tinggi darjatnya.

Thanks for reading :)

No comments: