Al-fatihah :(

Assalammualaikum..semalam,6/4/14..pergi nya seorang wanita yang berpangkat ibu bagi aku.. Al-Fatihah buat arwah Mak Cik Ros..sahabat baik ibu..jiran tetangga kami..aku lihat ibu sebak tatkala mendapat berita itu..mana mungkin ibu dapat menahan air mata bila dapat tahu pemergian sahabat baiknya..sepanjang hayat arwah,mereka ibarat isi dengan kuku..terlalu rapat.setiap petang meluangkan masa bersama.ke pasar bersama..ke masjid bersama..ke kuliah subuh bersama..  arwah Mak Cik Ros memang rapat dengan aku sekeluarga...Allah lebih menyayangi arwah :')  last aku jumpa arwah tahun lepas semasa cuti sem..waktu itu arwah baru selesai menjalani pembedahan..kaki arwah terpaksa dipotong hingga paras peha.. "kakak tak nak melawat mak cik Ros ke?" soal ibu.. sebak hati aku  tatkala melangkah masuk ke rumah beliau.. wajah ceria arwah menyambut kedatangan aku seolah olah tak mahu aku hidu rasa sakit yang beliau alami pada waktu itu..aku hulur tangan untuk bersalaman..aku pegang lama tapak tangan milik arwah yang aku dah lama anggap seperti ibu aku sendiri.. Ya Allah..kau pelihara lah arwah dengan baik.ringakanlah azab kuburnya.tempatkan lah beliau di kalangan orang yang Engkau sayangi..
Thanks for reading :)

No comments: