Akaun blog bakal ditutup..

Assalammualaikum..

guys..
aku nak minta pendapat engkorang.
ok tak kalau aku delete blog ni??
i mean aku nak tutup terus akaun blog aku ni..

sebelum itu aku dah deactive akaun facebook aku.
jangan tanya kenapa aku tiba-tiba buat macam tu.
yes berat hati nak deactive facebook pada mulanya.
sebab dekat situ ada banyak group yang masih aktif.
aku umpama terputus hubungan dengan budak2 sekolah aku.
even dengan kawan-kawan praktikum aku masa KMS.
aku  hilang kuasa veto sebagai admin kepada beberapa group dekat facebook.


sekarang aku rasa nak tutup akaun blog ni.
akaun twitter juga ada dalam senarai aku..
since hp sony hazel aku dah ok, aku rasa aku nak setia balik pada hp tu..
smartphone aku pula, maybe aku akan simpan dalam kotak rapat2..


blog ni dah banyak sangat jasa dengan aku.
blog ni umpama diary online aku.
dulu sebelum ada blog aku akan luahkan dekat diary..
aku lebih suka untuk meluahkan di situ..


mungkin aku perlu balik kepada cara hidup aku yang dulu.
menjadi seorang yang perahsia dan hanya mampu simpan sendiri.
mungkin itu lebih baik?.
penulisan aku di sini mungkin boleh menyinggung hati mana-mana pihak.
siapa tahu kan?.


blog ni dah berumur 5 tahun..tak lama sangat..masih baru juga.
tapi macam2 penulisan aku dah kongsi dekat sini.
dari awal penulisan aku, korang boleh tengok banyak beza dari segi gaya bahasa aku dan short form yang aku guna.
bila aku baca balik, tak banyak benda yang berfaedah aku boleh share di sini.
kebanyakkannye aku buat sesi luahan perasaan.


aku boleh dikatakan orang seni juga.
aku minat menulis.
aku suka bercerita.
sebab itu aku suka bercerita dalam konteks penulisan.


since di bangku sekolah lagi aku dah dapat pendekatan awal dari segi penulisan.
aku dapat belajar cara menguasai Bahasa Melayu secara betul sewaktu aku darjah dua.
masuk sekolah menengah aku berpeluang untuk menguasai Bahasa Inggeris..
jujurnya, dari sekolah rendah aku sangat lemah dalam Bahasa Inggeris.
even aku tak mampu memahami grammar dalam pembinaan sesuatu ayat.
alhamdulillah...aku dapat seorang guru yang tidak pernah jemu ajar aku ..
sejak itu, aku cabar diri aku untuk ambil subjek EST dalam SPM..
EST lebih dikenali sebagai ENGLISH FOR SCIENCE AND TECHNOLOGY.
ok aku yakin ramai yang kenal tentang subjek EST ni.


cikgu EST aku dulu kata EST ni standard english A-level.
YES..tak dinafikan.
kosa kata yang digunakan memang tinggi,
setiap kali kelas EST aku akan guna kamus English yang khas dan sangat tebal untuk faham makna sesuatu perkataan.
kalau aku tak nak ambil EST, aku boleh ganti dengan subjek TASAWWUF ISLAM..
mulanya aku selalu dimomok-momokkan dengan senior pasal EST.
katanya kalau ambil EST sijil SPM nanti barai.
sebab calon akan selalu gagal!
yes..itu aku tak nafikan.
bila aku tanya Sir, dia pun kata benda yang sama.



kawan2 masa itu ramai nak tukar ke subjek TASAWWUF.
even aku juga terpengaruh.
but one day, cikgu english aku cabar aku.
" take this challenge..if you at least pass this subject,im the only person will be proud with your achievement.but if you dont give it a try, i will feel dissapointed with you because you are not giving yourself a try" *ha lebih kurang macam tu la ayat cikgu English aku
so aku sahut cabaran teacher aku..
untuk setiap test EST dekat sekolah memang markah aku tidak memuaskan.
aku dah mula risau..
alhamdulillah..subjek English aku dapat score..tapi tidak ENGLISH FOR SCIENCE AND TECHNOLOGY.
vocabulary dia terlalu tinggi untuk aku faham.
akhirnya, aku mampu dapat kan gred B sahaja untuk subjek EST tu..
aku tak mengharapkan subjek itu untuk lulus dengan cemerlang..
cukup la sekadar lulus atas pagar je..
alhamdulillah..mungkin luck aku dapat pemeriksa yang baik budiman..?



eh..dah lah..jauh sangat aku lencong.
cuma apa yang aku nak highlight dekat sini, aku akan tutup akaun blog ni.
bila ? aku tak pasti.

selamat malam..
semoga hati ini tenang..


sekian.

my talk:) cukup-cukup la Myra ..


Thanks for reading :)

No comments: