Variasi

Assalammualaikum.

tak ada apa yang menarik untuk aku share di sini..
aku tak ada deria nak update panjang berjeler..

#1
minggu lepas dengan minggu ni aku busy conduct experiment untuk project biology aku.
memandangkan biology sem ni tak ada final,so everything depends on tests and markah project..
so aku kena buat betul-betul.
aku kalau dalam experiment memang aku serius..aku tak nak ada silly mistake yang aku buat..
yes..kita tak boleh jangkakan yang akan sentiasa success experiment yang kita conduct tu..
even scientist pon banyak kali fail dalam experiment mereka.
tapi sekurang-kurang nya aku tak nak ada silly mistake yang aku buat yang boleh affect result experiment aku..
kalau benda itu berlaku mood aku akan swing..sebab tu juga aku suka kalau team partner aku bagi full commitment dalam experiment..
mudah je bekerja dengan aku..kalau mereka focus dan bagi kerjasama,aku tak ada masalah.


#2
Muet..aku tengah decide sama ada nak ambil sem ini atau sem depan..kalau nak ambil sem ini aku kena beli no pin sekarang..but... duit pulak menjadi masalah.. aku ingat murah je macam beli no pin upu..rm100...mana aku nak cari? aku tak nak minta ibu ayah..sebab aku sendiri faham apa yang mereka lalui..aku tak nak bebankan lagi..kalau nak guna duit poket yang aku terima dari UiTM memang cukup..tapi aku dah tak ada jumlah sebanyak itu.ni dah tengah bulan..kalau nak tunggu bulan February maybe boleh..tapi duit makan aku dekat sini akan tinggal dalam rm20.. Hurm..aku kena fikirkan caranya..



#3
tadi aku menapak ke kelas seperti biasa..laju kemain..terasa deras..
aku pecut bak angin yang tak lepas nak kentut..
sampai kelas tingkat 5..*aku naik tangga dah sekarang..
aku terasa sesuatu yang tak enak..
aku belek kasut yang aku pakai..
nahh.. tapak kasut yang aku pakai tu dah pecah..dah terbelah dua..
aiseyman.. ni je kasut yang selalu aku pakai ke kelas..
mana ada kasut lain lagi?..
tak kan nak pakai sandal merah??
macam tak manis pula pakai baju kurung dengan sandal merah..
baru aku teringat.
flat shoes aku tu memang dah lama sangat.
memang patut pun pecah tapak dia..
aku harap aku dapat jumpa gam gajah untuk aku gam kan balik tapak yang pecah dua tu..
kalau nak cari baru aku memang tak ada bajet..duit yang ada ni pun cukup2 makan..


#4
dua hari lepas ada karnival ICT dekat dataran ilmu ni..
ade booth yang buka jualan barang2 ICT ni..
and ada juga booth cermin mata.
aku lepak kejap nak cek power mata aku..
sebab dah lama aku tak cek..lagipun since dua bulan lepas aku kerap sakit kepala bila pakai spec setiap kali belajar.
nahh..tu dia..cina tu kata power aku naik.
dia minta aku cari spec baru.
aku tanya dekat dia yang spec aku sekarang ni tak boleh pakai ke?
katanya no point bila aku pakai aku akan sakit kepala..boleh buat migrain
adoi..nak tukar baru pon jadi masalah sekarang.
kalau tukar guna duit Saidina tak apa la juga.
spec aku tu memang patut pon tukar..
sebab cermin sebelah kanan dah retak..
dah 4 tahun spec tu..
beria cina tu suruh aku tukar..
kalau duit dalam poket ada,memang aku akan tukar..
"lu kasi angkat yang baru maa..saya bagi student price..rm88 tak kesah apa jenis spec you mau..semua standard student price"
memang la dah cukup murah tu..
rm88 pon aku tak ada sekarang ni..
tak apa..selagi boleh pakai yang lama tu,aku pakai la..


cukup la 4 kesah aku setakat ini..
sesak juga aku sem ini..tak apa lah..pakai je la apa yang ada..

sekian.

my talk :)
Thanks for reading :)

No comments: