Tersungkur dan aku ingin bangkit

Assalammualaikum.

hai guys..
aku tengok sekarang ni blog aku ramai BB user yang selalu singgah.
siapakah gerangan kalian?

blog ni aku buat atas sebab aku suka menulis and cerita kisah aku.
i mean,i love to share.
kalau kadang-kadang ada entri yang melalut ke laut tu korang abaikan je la.

so sempena tahun baru islam ni, aku tak nak pasang azam mahupun cita-cita setinggi gunung Himalaya.
cukup untuk aku punya satu harapan dan satu cita-cita yang aku rasakan memadai untuk waktu dan ketika ini.
segaja aku buat begitu supaya aku lebih focus pada apa yang aku usahakan kelak.

harapan aku cuma satu.
semoga aku terus diberi kekuatan untuk menempuhi segala dugaan dunia.
jangan tanya kenapa dan untuk apa?.
sebab aku sendiri tak pasti apa yang berlaku dalam diri aku.?


ya.
saat ini aku perlu kan kekuatan untuk aku melangkah tanpa menghiraukan apa yang jadi di sekeliling.
diri ini tak sekuat sepertimana yang diperlihatkan melalui fizikal.

"kau boleh lah myra sebab kau boleh handle semua ni.."
"ala..kau kan macam dinding squash.. sekali kena hentak,kau pantul kan balik.."

ahh..persetankan apa yang korang nak cakap.

tak semudah itu untuk aku bangkit dan cari kekuatan diri.
tak semudah itu juga untuk aku melupakan dan mencipta yang baru.


ya..
yang aku perlukan cuma seribu kekuatan supaya aku berjaya bangkit dari kekalahan sekarang.


kalau hati aku kering macam gurun dah lama aku hidup dalam dunia aku sendiri.
enjoy dengan diri sendiri..tak peduli apa yang berlaku di sekeliling.
tapi aku bukan macam tu.
dan itu bukan aku..!


aku ambil kesah je dengan apa yang berlaku.
aku nampak je apa yang wujud.
aku perasan je apa yang dah berbeza.
tapi sengaja aku pejamkan mata supaya aku tak rasa pedih tu.


aku pegang satu ayat..

"simpan sesuatu itu dalam doa. dan bukan pada niat".

mulanya aku sendiri tak faham apa yang ayat itu maksudkan.
lama kelamaan aku nampak makna disebalik itu.


berdoa selagi kau mampu untuk capai apa yang kau hajati.


sukanya aku nak share sepotong ayat dari Surah Al-Imran-139

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” 



sekian

my talk:) Pesan Rasulullah : La tahzan.. Innallah ha ma'ana


Thanks for reading :)

No comments: