Cukup! Aku bukan boneka .

Hai Assalammualaikum.

perut ni asyik sakit je since tadi.. maybe sebab aku makan spaggetti meatball dekat Secret Recipe siang tadi kot?
ye laa.. hari ni satu hari aku tak makan nasi.
lapar je terus sambar spagetti.
sekali tu teringin juga nak tukar selera..
alhamdulillah..
dapat juga makan spagetti SR setelah sekian lama mengidam.!
haha.


cerita dekat TV malam ni tak ada yang best.
so tengah aku berblogwalking dekat blog blogger otai, henpung aku berbunyi.
ok, dari somebody i used to know.


awal perbualan si polan ni dah rabak menangis.
adehh! ni mesti ada yang tak kena.
baru ingat nak tidur awal malam ni.
sebab esok aku ada hal so kena bangun awal.
tapi member punya pasal, tak apa lah.


kecewa dengan sikap kawan baik katanya.
so sambil gua layan nutella sambil tu gua dengar je apa yang dia cerita dalam telepon tu.
naik panas juga telinga aku..haha
risau kalau2 tetibe jadi macam telinga alien dalam movie STAR WARS!!
hah..naya je.. turun nilai hantaran aku sat lagi.


bla..bla..blaa. blaa..

setelah sejam si polan tu menangis dalam telefon, setelah itu juga nutella aku licin!
*bahasa melayu fail!


so aku rasa aku nak buat ringkasan sikit pasal apa yang aku dapat dari cerita si polan tadi.


Bismillahhirrahmannirahim..

guys..
hidup ini terlalu singkat untuk kita kecewa dengan orang yang tak appreaciate kehadiran kita.
baik pasangan kita, atau pun kawan.

kadang-kadang bila kita terlalu memberi, benda itu akan buat kita sakit balik.
sebab itu orang ada cakap.. kalau kita sayang seseorang jangan sampai kita terlalu sayang dan jika kita benci seseorang jangan sampai terlalu membenci.

aku sendiri punya pengalaman ini.
tak perlu aku cerita di sini..
tapi cukup la kalau aku cakap benda itu memang menyakitkan.

bersederhana lah dalam sesuatu hubungan.

kalau kita terlampau baik, even pada kawan baik sendiri takut nanti mereka ambil kesempatan pada kita.

satu benda yang aku sendiri sedar, jangan cepat labelkan seseorang itu dalam masa yang singkat.

sebagai contoh..

kita baru kenal seseorang dan bila kita mula rasa serasi dengan dia,jangan cepat anggap dia someone special dalam hidup kita.
please bagi ruang untuk diri kita kenal individu itu.
dan jika kita ikhlas berkawan dengan dia, dalam masa yang sama dia jujur dan ikhlas dengan persahabatan yang kita hulurkan, then baru kita boleh fikirkan kedudukan dia dalam hidup kita.
it may take time .


pesan aku satu je.
pergi lah pada mereka yang lebih memahami kita dan menyanyangi kita daripada kita buang masa layan rasa sakit hari or kecewa dek layanan insan-insan yang merasakan mereka itu SPECIAL.
jangan buat diri anda bodoh.
dan mohon jangan tonjolkan kebodohan anda hanya untuk seseorang yang buta hati.


fed up tak kalau setiap kali masam muka, mesti kita je punca dia.
asal dia tarik muka je, mesti kita je sebabnya.
sedangkan kita sendiri tak tahu apa salah kita?
lagi best bila dia tarik muka and buat dunno je.. bincang pun tidak..
is it fair??

cukup la kawan.
anda dilahirkan di atas muka bumi Allah ini atas kasih sayang parents anda.
dan mengapa anda semudahnya menafikan kasih sayang yang jelas-jelas milik anda disebabkan oleh seseorang yang buta hati..?

aku labelkan orang macam ni buta hati.
sebab individu ini langsung tak hargai orang sekeliling dia.


ok..bagi yang lemah and tak tahu nak move on,try cara ini.

untuk permulaan maybe korang akan sedih bukan bila sahabat or someone special macam tak hargai kita.
makin korang kejar dia untuk minta maaf,makin dia lari.
ada pula tu sampai timbul rasa rimas pada si labu tu.

method 1

cuba fikirkan balik apa salah kita pada dia.. mana tahu kalau kita ada buat silap. kalau tak tahu apa silap kita, cuba bawak berbincang dengan dia. kalau si labu tu pesyen buat tengik jeee tak nak bagi kerjasama, korang bagi dia masa bertenang dulu. biasanya ni pesyen keras hati. jenis yang memendam dalam hati. biar je la dulu.. korang teruskan lah rutin harian.


method 2

sekiaranya kita dah cuba berbincang, dia tak nak atau kita dah cuba minta maaf pun dia buat kita ni macam daun kering (useless) , just let it be!
come on kawan. hidup ini bukan untuk meratapi nasib sedih kita. seorang pergi, 10 yang datang.
ok..hakikatnya hidup ni sentiasa akan ada orang yang hadir dan pergi dalam bulatan kehidupan kita.
ingat.. Allah izinkan dia pergi sebab Allah nak hadirkan seseorang yang jauh lebih baik dari dia supaya insan  lain lebih menghargai persahabatan atau hubungan yang kita hulurkan.
jadi kenapa perlu sedih?


method 3

sejak dalam rahim ibu lagi Allah dah tetapkan 4 perkara untuk kita.
AJAL
MAUT
JODOH
REZEKI

dalam hal ini anggap lah kita tak ada 'jodoh' untuk jadi sahabat baik dia lagi.
mungkin cukup sekadar berkawan biasa.
jangan lupa sentiasa doakan yang terbaik untuk dia.
dan jangan pernah simpan dendam walau sebesar kuman .
kalau boleh kita kena matang dengan dia dari segi tindakan kita.
misalnya, kalau kita tak berkawan rapat lagi seperti sebelum ini, kita jangan ikut cara dia sampai nak tarik muka. be cool young guys. paling tidak pun senyum je la bila jumpa dia. kalau rasa nak tegur, sila kan.
'hai baru balik kelas? / tunggu siapa ni? / good morning! "

kalau tiada respon dari dia, biarkan je.
jangan rasa malu mahupun marah. sebab lama kelamaan orang macam itu akan tersedar dengan sendiri.
dia akan rasa malu dengan tindakan dia ke atas kita.
sabar.. Allah sentiasa bersama kita.


method 4

sekiranya hubungan sebelum ini pulih kembali , mohon sedar diri.
jangan terlalu gembira. kita tak nak pisang berbuah dua kali.
mungkin kawan kita sedar akan kesilapan dia dan dia minta supaya kita terima dia balik.
its ok. maaf kan dia dan terima. TETAPI!
mohon wujudkan sedikit ruang di antara diri kita dan dia.
kadangkala kita kena tegas untuk menjaga hati kita.
tak mustahil kawan kita akan buat kita down lagi..
bimbang jika dia punya niat lain sekiranya dia minta untuk berbaik kembali setelah dia layan kita macam daun kering.
boleh nak berkawan kembali. tapi tolong beri diri kita masa untuk scan niat dia.
kalau dia betul2 dah berubah, alhamdulillah.


method 5

sejak kita baby sampai la sekarang, kita dikelilingi oleh insan -insan yang sentiasa menghargai kita.
tolong sedar akan kewujudan kelompok masyarakat di sekeliling kita yang masih sayang dan mengambil berat pada kita. cer cakap dalam hati kita macam ni yang kononya kita tujukan pada si labu tu..
"u..shuhhh..boleh pergi main jauh-jauh".. hahaha
relax kawan. bangun balik..mohon dapat cari balik kekuatan diri.
persetankan si labu sayong tu. mungkin dia fikir dia dalam kelas nya tersendiri.. so biarkan dia cari member yang ' dalam kelas nya jugak!'


LASTLY!

move on!
jangan buang masa, buang air mata.
maafkan si labu sayong dan bertindak matang.
doakan untuk dia.. kerana doa dari seorang sahabat untuk sahabatnya yang lain sangat makbul.


jangan cakap tak boleh nak move on sebab aku sendiri mampu lakukan benda itu.
kalau aku mampu, korang pon mampu juga.


sekian


my talk:) lagu sandiwara cinta by repuvblika ni best la!







Thanks for reading :)

No comments: