:'(

Assalammualaikum..


ujian sekali lagi buat aku.

Allahuakbar.
sesungguhnya aku tiada daya untuk menempuhi dugaan mu.
namun hanya pada mu tempat aku bergantung.
moga aku kuat menghadapi segala dugaan mu.
aku percaya qada' dan qadar mu.
aku percaya pada hikmah disebalik ujian yang engkau berikan.
sesungguhnya aku tak kuat.
pinjam kan aku kekuatan Mu.


mungkin mereka berjaya menyembunyikan apa yang dah berlaku dari pengetahuan ku.
dan mereka juga berjaya melalui saat2 kepayahan tanpa aku.
terpalit rasa sedih,kecewa dan risau tatkala aku mengetahui hal yang sebenar.

ya,mungkin ada sebab mengapa mereka mengambil tindakan sedemikian.
ya mungkin juga mereka tak mahu aku risau.
dan mungkin juga mereka tak mahu ujian aku terjejas.


ya Allah..

moga aku kuat demi ibu..


aku terkejut saat aku dapat tahu hal yang sebenar.
kenapa ibu sanggup sembunyikan hal itu??.

aku risaukan keadaan ibu.
sejujurnya hati aku tak tenang saat ini.
berat hati aku nak tinggalkan ibu.
ye aku tahu ayah ada untuk jaga ibu.
tapi aku masih risaukan keadaan ibu.. :'(


maaf ibu..
waktu ayah bagi tahu apa yang dah jadi, kakak betul2 terkejut.
kakak rasa sedih sebab kakak langsung tak diberi tahu.
kakak menangis dalam bilik lepas ayah bagi tahu keadaan ibu..
kakak risau keadaan ibu bila kakak jauh..


maaf ibu..
kakak betul2 risau kan ibu.
kakak tanya macam2 masa tu.
kakak nak tau tahap kesihatan ibu.


ibu mungkin dapat berlagak biasa seolah olah tak ada apa yang berlaku.
tapi kakak anak ibu.
kakak kenal ibu.. ibu cuba sembunyikan apa yang ibu rasa.
tapi air muka ibu jelas tunjukkan yang ibu sakit.
kakak risau kan ibu.. :'(


Ya Allah..
sesungguhnya ibu lah satu satunya harta yang aku ada dalam dunia ni..



my talk:) kakak risaukan ibu.. kakak sayang ibu. :'(
Thanks for reading :)

No comments: