stay cool ! ;)

Assalammualaikum..

Alhamdulillah..
Puas rasanya bila program semalam berjalan dengan baik.

Aku mula rasa rindu balik dekat family.
Barangkali sebab aku stress..
Ikot kan hati semalam lepas habis program nak je aku lari balik KL..


Tapi bila tengok poket,langsung aku batalkan niat.
Haha.. poket aku dah nak kering pulak dah..
paiseh!
Duit elaun makan aku pulak tinggal hujung je..
pasrah!!
Payah juga bila tak dapat PT nii.
Its ok la.. aku bersyukur. masih dapat makan lagi..
stok makanan atas almari masih ada lagi.
sekali sekala diet apa salah nye kan?
at least dapat kurangkan berat badan aku..hehe..


Bila dah susah macam ni,aku belajar macam-macam..
Aku masih bernasib baik lagi kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan yang kurang bernasib baik.
Aku belajar untuk lebih berdikari lagi.

Masih berpegang pada prinsip aku, "NAK HIDUP KENA BIJAK"

Kalau awal2 semester dulu, duit elaun makan yang aku terima memang tak cukup untuk aku survive sebulan dekat sini..
kalau aku dah start kena photostat lecture notes and beli buku bagai, nipis dah duit tu!


akhirnya tinggal rm2o je dalam tangan. tu masih awal bulan lagi. macam mana aku nak habis kan saki baki bulan dengan rm20 je dalam tangan??

nahh..nak tak nak,maggie dengan biskut je la aku bedal..
betul la kata abang sedara aku.
bila dekat Universiti banyak pakai duit.
bila duit habis, nak minta ibu ayah pun rasa tak sanggup ..!


yup!
sekarang aku sendiri rasa benda tu.
tak sampai hati rasanya nak minta duit ibu ayah aku.
aku tak nak susah kan dorang lagi.


sentiasa berlagak cool bila dorang tanya pasal duit poket aku.
*peace yaww!

tersenyum aku sorang-sorang bila aku compare balik duit belanja aku time sekolah dulu dengan duit belanja sekarang..
kalau dulu time sekolah ibu ayah bagi duit belanja setiap hari.
alhamdulillah.. rm5 memang selalu aku dapat.
now duit belanja aku uitm yang bagi.
rm120 untuk sebulan.
sehari aku kena spend rm4 je..
kalau aku spend lebih,maknaya akan ada hari yang aku kena puasa !

kalau kena photostat lecture notes, rm4 tu akan aku guna..
memang betul apa yang bro gua cakap..
dekat Universiti bukan tempat untuk kau cukup makan..
makan ala kadar kira cukup bersyukur..
janji kau cukup ilmu di dada..
heh!


itu sahaja perkongsian aku pada kali ni.
sekadar nak cerita pengalaman hidup bila dah pegang title student.
bila dah jauh dengan family, semua benda kena manage sendiri
kalau fail manage diri sendiri, disaster beb!


sekian..

my talk:) stay cool and enjoy your life!




Thanks for reading :)

No comments: